Tuesday, May 15, 2012

Hijrah ke KSA 27: Genap Sebulan diJizan

View dari tingkat apartment Abdullah Tobeigi
14 Mei 2012, maka genaplah sebulan saya bermukim di Bandar Jazan. Kontrak kerja telah pun ditandatangani dan kad Iqamah (Kad Penduduk Bermukim) belum lagi siap kerana ia akan dikeluarkan oleh Pejabat Pendaftaran Negara KSA. Esok saya akan menghadiri taklimat bersama wakil NCAAA dari Riyadh di Hotel Hayat, Jizan.
Selepas sebulan, ini antara produk-produk  di sini yang sering dibeli secara rutin baik dari pasaraya atau kedai runcit berdekatan:

air Zam-zam dari Mecca
Air zam-zam adalah antara air yang wajib ada dalam stok saya. Disamping menghilangkan dahaga, kita boleh berdoa meminta apa saja ketika meminumnya. Harga di Jazan ialah SR15.00 utk 10 liter. Di Malaysia rasanya RM150 untuk saiz 10 liter.

air Mineral dari lembah Najran, KSA

antara air mineral terbaik KSA ialah yang di ambil di lembah Najran, sebotol 3.78 liter berharga SR 5.00

Jus Tanpa Gula Tropicana
Jus juga amat murah di KSA, sebotol jus asli tanpa gula dan pengawet, 2 liter, berharga SR 6.00
susu segar al-Marai
Susu segar juga murah di KSA. pek 1 liter, cuma SR 2.00 berbanding susu UHT di Malaysia berharga RM 4.80

Laban atau susu masam Nadec

Susu masam atau Laban juga minuman penting di Jazan, harganya amat murah, sebotol  fresh Laban 0.5 liter cuma SR 1.00. kebaikan Laban ialah mencernakan penghadhaman.
Secara keseluruhan harga bahan makanan di Jazan amat murah terutama roti semuanya berharga sekitar SR 1.00 utk satu bungkus. Maka rakyat miskin pun boleh hidup di sini kerana harga makanan terutama roti terlalu murah. Manakala beras amat mahal sebab semuanya beras basmathi yg diimpot dari India, Pakistan dan Mesir. Manakala harga ayam dan daging lebih mahal dari Malaysia. harga ayam proses di Jazan ialah SR 12.00 sekilo. Manakala ikan selar dan kembung sama dengan Malaysia, tetapi ikan besar seperti tenggiri dan nyok-nyok, jauh lebih mahal di Jazan dari Malaysia. Kemungkinan stok ikan di Laut merah semakin pupus.
Esok dgn lapuran mesyuarat dengan wakil NCAAA Riyadh (IA).

No comments: