Tuesday, May 8, 2012

Poligami: Masih tak clear Hukum Asal perkahwinan ka (PN: Xifu N) 2.0

Kata doc Fathi al-Sakandary:
Ulama berbeza pendapat tentang hukum asal nikah, sesetengah berpendapat hukum asal nikah ialah poligami dan jika tidak mampu barulah monogami, sesetengah berpendapat hukum asal adalah dengan monogami dan jika mampu maka barulah poligami.

Kesemua mereka berhujah dan berdalilkan yang sama iaitu surah al-Nisa' ayat 3, cuma mereka berbeza pemahaman atas ayat ini. Mereka juga berbeza pemahaman terhadap athar Ibn `Abbas yang menyebut (maka kahwinlah kerana sesungguhnya sebaik-baik umat ini adalah yang paling ramai isterinya) [Sahih al-Bukhari (4782)].
Xifu N merasa amat seronok dengan pendapat ini. Jom kita kaji kebenaran kata-kata ini.

Radd:

Hukum asal pernikahan:

pendapat pertama: hukum asal nikah ialah POLIGAMI. jika tak mampu, hukum asal adalah monoG.

pendapat kedua: hukum asal nikah ialah MonoG, jika mampu, hukum asal ialah PoliG.

Pelik juga bagaimana dua hukum asal ni dirumuskan (istimbath) sebab ia berasal dari dua dalil sahaja:

1. AQ 4:3
ayat ni mengenai lelaki arab yang membela anak yatim perempuan, jika anak yatim itu cantik dan banyak harta, maka lelaki arab yg membelanya akan mengahwininya. Tujuannya nak membolot harta anak dara yatim tadi. jika hodoh, maka mereka akan menghalangnya dari berkahwin. Jadi ia bukan ayat dalil utk menentukan mana satu hukum asal perkahwinan.

2. Atsar Ibn Abbas atau kata2 Ibn Abbas, "sebaik-baik umat ini ialah adalah yang paling ramai isterinya"

apakah kita boleh berdalilkan atsar sahabi utk mengeluarkan sesuatu hukum asal?
Ibn Abbas merujuk kpd zamannya. zaman ramai para syuhada'. banyak yg terkorban perang antara Islam dan Rome, Islam dan Farsi, Islam menawan Turki dan perang saudara, antara kem Ali-Aisyah dan kem Ali-Muawiyah.
 maka sesiapa yg mengambil janda2 pada masa itu adalah yang paling baik.

apakah di zaman sekarang, lelaki terbaik ialah yg paling ramai isterinya?
lelaki yg isterinya 4 virgins? hehehe

siapakah tokoh poligami terbaik? yg paling ramai bini, abuya at-Tamimi?

No comments: