Selaku pengiring resmi Dr Wu (tengah) dan Dr Lee |
JU menerima kunjungan dua lagi juruperunding akademik tersohor dari USA, iaitu Prof Dr Virginia S. Lee dari University North Carolina at Chapel Hill dan CEO syarikatnya V S Lee & Associates, USA dan Prof Dr X Ben Wu (keturunan Cina) dari University Texas A & M, juga USA. Keduanya adalah pakar dalam bidang kemerlangan pengajaran dan pembelajaran IPT. Mereka tiba pada 14 September dari Washington DC-Riyadh dan Jizan utk lawatan kerja atas jemputan resmi Jazan University (JU). Pada Ahad, 15 Sep, mereka berdua mengadakan sesi ucaptama di Dewan Teater Utama JU di hadapan Timbalan Rektor, Prof Dr Ali al-Kamlee dan para kakitangan akademik JU. Ucaptama bertajuk: "Outcome-based Education in Institutions of Higher Learning" Ia diterjemahkan secara selari dalam bahasa arab.
Tajuk: Pendidikan berasaskan Natijah di IPT |
Intipati ucaptama mereka ialah trend utama dalam pendidikan IPT di USA dan Eropah (Bologna Process) ialah anjakan paradigma pengajaran kepada pembelajaran (from teaching to learning).
Sebahagian dari audien di Dewan Teater JU |
Pertama: peranan pentadbir, pensyarah dan kakitangan IPT dalam membentuk budaya kememerlangan pengajaran
Kedua: Menyuntik Motivasi dan Menambat pelajar ke arah pembelajaran yang optima
Ketiga: Pendekatan Kontemporer dalam mengukur Pembelajaran Pelajar
Rata2 peserta yg hadir merasa suatu kelainan dan mndapat pengalaman baru dalam dunia pengajaran di IPT kerana diperkenalkan dengan teknologi dan paradigma baru dalam bidang tsb. Bengkel di tutup dengan resminya oleh Prof Muhd Ibrahim al-Aqeel, Dekan, Pembangunan Akademik dan Kualiti.
sebahagian peserta bergambar dgn Prof Lee dan Wu |
No comments:
Post a Comment