Monday, September 23, 2013

Travelog KSA #72: al-Yaum al-Wathani KSA yang ke 82 (1932-2013)

Gizan City, 23 Sep/18 Z'kaedah.
Hari ni cuti umum di KSA kerana merayakan Hari Watan atau Hari Kebangsaan Arab Saudi yg jatuh pada tanggal 23 Sep setiap tahun. Berbedza dgn negara kita, Malaysia, Hari Kemerdekaan, tapi Hari Watan adalah hari Penubuhan Negara Saudi atau juga hari Penyatuan semua wilayah2 semenanjung arab atau Hijaz di bawah Dinasti al-Saud dari Empayar Othmaniah Turki yang sudah pun berkubur di Ankara. Pada 23 September 1932, King Abdul Aziz al-Saud menubuhkan negara moden Saudi Arabia yang dikenali pada hari ini.
Kegembiraan rakyat saudi menyambut Hari Watan

Suasana di Jazan juga meriah, mall dan bazaar atau souq dipenuhi dgn warna hijau dan gerai-gerai menjual pelbagai barangan hari watan spt bendera, T-shir, topi, gambar2 raja arab saudi, King Abdullah al-Saud.

rakyat saudi bergembira di jalanan

Rata-rata rakyat arab Saudi menikmati kehidupan yang lebih baik berbanding negara arab yang lain spt Iraq, Syria, Jordan, Egypt, dan Yaman. Negara yang didoakan oleh dua Nabi (Nabi Muhammad saw dan Ibrahim AS) terus menikmati kemakmuran dan keselamatan di mana petroleum adalah penyumbang utama kpd pendapatan negara. Tidak hairanlah, Saudi Arabia adalah rumah kedua bagi 12 juta pekerja asing atau sepertiga penduduknya (29 juta). Saudi juga adalah pelayan kepada dua tempat suci umat Islam, Kaabah dan mesjid Nabawi.

al-Malik Abdullah bin Abdul Aziz al-Saud adalah tokoh paling berpengaruh di dunia Arab
SELAMAT HARI WATAN

No comments: