La Tahzan 189-1: Jangan takut, kamulah yang Unggul, ( لَا تَخَفْ إِنَّكَ أَنتَ الْأَعْلَى )
Dr Aidh al-Qarni
Tidak di sangka, Dr Aidh al-Qarni tiba di Malaysia untuk melakukan La Tahzan Tour mulai 5-8 Sept 2013. Dr Aisd al-Qarni, 53 tahun kelahiran bandar Biqarn, di selatan KSA (lebih kurang 100 KM dari Jazan) adalah dianggap penulis motivasi nombor satu di dunia Arab sekarang.
Buku La Tahzan dicetak 10 juta naskhah
Buku Motivasi santai La Tahzan (Jangan bersedih) telah dicetak 25 kali dan sudah terjual sebanyak 10 juta naskhah, satu rekod di tanah Arab. Penulis telah menghasilkan ringkasan kitab La Tahzan untuk mereka yang sibuk, yang tidak mengerti bahasa Arab dan tidak dapat membaca La Tahzan edisi terjemahan kerana ia terlalu tebal dan berat..Ringkasan ini nipis dan boleh diletakkan dalam kereta dan dalam pejabat.
Kitab ini diterbitkan oleh Pustaka Azhar Johor Baru...dapatkan segera. InsyaAllah siri ringkasan La Tahzan di blog ini akan diteruskan...
No comments:
Post a Comment