Kenyataan Menteri Haji KSA mengenai kuota haji |
Ritual Haji akan bermula dalam 2 minggu lagi, bandaraya Madinah sudah lengang kerana bakal Haji sudah mula bergerak ke Mekah utk persediaan wukuf pada 9 Zulhijjah atau 14 October nanti. Ini peluang terbaik buat kami di Saudi kalau untuk merasa ketenangan di Madinah kerana bilik hotel yg murah dan selesa beribadah di Raudhah Nabawi. Namun, masalah utama sekarang ialah penguatkuasaan kuota haji, 50% untuk warga Saudi dan 20% untuk semua negara OIC. Ini bermakna kawalan amat ketat di semua airport saudi dan sekatan jalanraya di semua lebuhraya saudi menuju Madinah-Mekah. Maka rata-rata kami di Jazan mngambil keputusan utk tidak akan ke Madinah-Mekah pada musim ini kerana masalah keselamatan. Kerajaan arab saudi telah mengeluarkan notis kpd semua expatriate (pekerja asing) supaya tidak mengerjakan haji tahun ini atau datang berziarah ke Madinah dan sesiapa yg ditangkap akan dihantar pulang serta merta ke negara asal dan tidak dibenarkan masuk ke saudi semula selama 10 tahun. Notis di hantar melalui pesanan ringkas (sms) ke telepon bimbit. Kebanyakan pekerja asing di Jazan Universiti, terutama dari Egypt, Jordan, Syria, Palestine, Sudan, India dan Pakistan akan mengerjakan haji secara persendirian dgn menggunakan bas atau memandu sendiri dari Jazan-Mekah, namun rata-rata saya mendapat khabar, mereka tidak berani melakukan tahun ini kerana risiko ditahan polis amat tinggi. Oleh itu pihak universiti atas arahan kerajaan arab saudi memberi kelulusan segera untuk warga asing kembali ke negara asal mereka bercuti sempena musim haji utk mengurangkan kesesakan di tanah haram. Maka di atas kesempatan itu, saya pun akan pulang bercuti ke Malaysia sempena musim haji tahun ini.
Saya akan berlepas pulang ke Malaysia pada 10 Oct nanti selama 2 minggu..InsyaAllah
No comments:
Post a Comment