Pada asalnya saya sepatutnya pulang bercuti dari 20 Mac-31 Mac 2013. Namun di saat akhir cuti saya tidak diluluskan kerana JU menerima terlalu banyak tetamu dari luar negara dan berita PRU 13 tidak ada. Kebetulan sahabat saya, Dr SA dan isterinya juga ingin pulang bercuti, maka Boss saya hanya meluluskan cuti beliau dan isterinya dan tidak membenarkan semua staff Malaysia bercuti sekali gus. Boss saya asalnya bersetuju meluluskan cuti jika ada PRU 13 (pilihanraya umum), dan oleh kerana berita PRU 13 tidak kunjung tiba, maka cuti saya tidak lulus. Untuk menghilangkan kekecewaan, saya menukar haluan ke Mekah al-Mukaramah untuk Umrah selama seminggu bermula Khamis 21 Mac- Jumaat 29 Mac 2013. Saya akan menggunakan lebuhraya Jizan-Jeddah-Mekah dgn kenderaan MPV kerana tiket kapalterbang semuanya sudah habis. ..
La Tahzan, bila cuti tidak diluluskan sebenarnya Allah ingin saya hampir kepada-Nya, duduk dalam naungan Kaabah-Nya, bertimpuh di dalam mesjid-Nya yg paling suci di dunia, bermunajat, tawaf, sa`iy kerana-Nya. Walaupun famili saya akan kerinduan kpd saya, namun mereka sebenarnya akan menerima banyak kebaikan bila abah mereka berada dalam tempat yg paling mulia...
Hari pertama:Khamis 21 Mac
Saya ke Mekah menggunakan kenderaan MPV (Toyota Innova 2.7 liter) milik drebar kontrak saya, Asim Beig Khan (warga Pakistan). Kebetulan dia ingin bercuti ke Jeddah kerana memiliki ramai saudara mara di sana. Kami terlebih dahulu menghantar sahabat saya Dr SA dan isterinya di lapangan terbang Jizan pada jam 10:00 pagi. Selepas itu saya ke rumah Asim Khan untuk mengambil isteri dan dua anaknya. Oleh kerana anak sulongnya demam panas, maka kami menunggu sekejap untuk mempastikan demamnya berkurangan. Maka pada jam 1:45 ptg baru kami dapat berlepas. Kami mengambil laluan lebuhraya pesisir pantai Jizan-Jeddah sejauh 690KM. Kami akan ke Yalamlam, lebih kurang 150 KM dari Jeddah utk memakai pakaian ihram dan berniat Umrah.
Perjalanan lancar, lebuhraya juga baik, dan trafik juga tidak sesak, kami agak kerap berhenti untuk menukar lampin anaknya, solat asar dan minum kopi. Pada jam 10 malam kami tiba di Yalamlam, kena exit dari lebuhraya sejauh 35KM. Saya berasa teruja kerana inilah kali pertama dapat bermiqat secara real, kerana selama ini hanya bermiqat di atas kapalterbang.
Mesjid Yalamlam, miqat dari selatan KSA |
Mesjid Miqat Yalamlam |
Meriah juga di sekitar mesjid ini, penuh dgn bazaar menjual pelbagai keperluan haji spt kain ihram (harga sekitar SAR 35, termurah berbanding dgn harga di Jizan SAR 50 dan di Malaysia RM60), selipar, buku2 doa dan zikir. Mesjid agak besar dan kemudahan bilik air yg luas kerana ia terpaksa menampung ramai jamaah haji dan umrah saban tahun. Saya mandi dan kemudian solat ihram dua rakaat.
Suasana dalam mesjid Miqat |
Next: sesat di bandaraya Jeddah
No comments:
Post a Comment