Jam 3 ptg, kami mandi laut di pantai di belakang Resort Coral. Dr Lane tidak mandi kerana dia takut ada masalah kerana dia akan terbang jauh esoknya pulang ke USA. Air laut Merah agak kurang masin dan agak menyeronokkan mandi laut setelah sekian lama saya tidak berkelah bersama famili.
Jam 5:30 petang kami bergegas pula ke jeti, inilah saat yg ditunggu, di mana kami akan ke sebuah pulau kecll berdekatan dan di waktu yang sama akan memancing. Saya sudah beberapa tahun (mungkin 5 tahun) tidak memancing dan hilang skill memancing. Kali terakhir saya memancing ialah ketika hari keluarga TM di UPM kebetulan ada pertandingan memancing 5 tahun yg lalu. 10 orang semuanya dan kami menyewa bot yg berkuasa tinggi dgn twin engine turbo. Kami membawa semua peralatan BBQ, termasuk ayam dan daging yg sudah diperap, manakala tuan punya bot menyediakan peralatan memancing dan umpan.
bersiap sedia untuk berlepas |
memasang sauh utk memancing |
Perjalanan rasanya dalam 45 minit, sebelum nakhoda berlabuh utk memancing. Perjalanan agak tidak lancar kerana laut tiba2 bergelora dan ombak yang agak besar, Tangkapa agak bagus dgn ikan pelbagai saiz dan yang paling mengejutkan ialah ada 4 ekor sotong kalamari yg berjaya dipancing.
antara ikan yg berjaya dipancing di Laut Merah |
Kemudian kami beredar dan menuju ke sebuah pulau kecil untuk upacara BBQ kerana perut sudah lapar. BBQ berjalan lancar dan masing-masing merasa amat puas makan khususnya ikan yg fresh yang baru di tangkap dari laut. Daging dan ayam yang dibawa kurang mendapat sambutan. Tiga orang tetamu dari USA merasa amat puas hati dgn makanan yg kami BBQ..dua orang nelayan tempatan juga menyertai kami kerana makanan kami memang mencukupi untuk semua.
Dr Lane menikmati BBQ |
Jumaat, 15 Mac
Kami check-out dari Coral motel jam 5:30 pagi kerana Ferry pertama akan bertolak jam 7 pagi dan urusan lancar termasuk 3 kenderaan kami dan kami tiba dgn selamat di pelabuhan Jizan jam 8:30 pagi dengan membawa pengalaman yg amat memuaskan.
Feri Furasan yang agak selesa dan laju |
Bersama Dr Michael Lane dalam Feri |
No comments:
Post a Comment