Pertama: memanggil nama atau nama timangan (kun-yah) yang baik.
مما
يُسعدُ أخاك المسلم أنْ تُناديهِ بأحبِّ الأسماءِ إليهِ
Terj: Antara hak-hak yang membahagiakan saudara seagama anda ialah anda memanggilnya dengan nama yang paling disukainya.
أُكْنِيهِ حين أُناديِه لأُكرِمهُ ولا أُلقِّبُهُ والسَّوْءَةُ اللَّقبُ
Syair arab: "Aku berikan nama timangan (kun-yah) yang baik, ketika memanggil lantaran untuk memuliakannya; aku tidak menjulukinya dengan julukan (laqab) yang buruk kerana itu jelik baginya"
Nota: Di tanah Arab, seseorang ada dua nama, nama sebenar yg dinamakan nama nasab yg menghubungkan dgn ayah dan nama qabilahnya, contohnya, Abu Bakar as-Siddiq ra, nama asalnya ialah Abdullah bin Abu Quhafah. Manakala di Malaysia, kun-yah ini tidak menjadi budaya kita melainkan ada nama gelaran atau laqab yang disukainya. Dalam masyarakat Kelantan, laqab ini amat popular. Contohnya orang yang bernama Abdul Rahman, akan diberi nama laqab, Cikgu Mey, kalau dia seorang guru. Ayahanda saya misalnya Tuan Lah, laqab utk beliau di kampung saya ialah Pok Ku Lah. Maka hak persaudaraan ialah memanggil dengan nama yang disukainya, samada nama sebenar dalam MyKad, nama timangan, nama julukan atau gelaran atau kun-yah. Satu lagi dalam budaya arab ialah jika kita berurusan di kaunter, jika kita tidak tahu nama pegawai yang kita sedang berurusan, kita kena panggil namanya "Muhammad".
No comments:
Post a Comment