Sunday, March 24, 2013

Travelog KSA 57: Ketibaan Prof Dr Lumley USA

Sebaik sahaja Prof Dr Michael Lane berlepas pulang, tiba seorang lagi profesor dari USA, iaitu Prof Dr Dan Lumley, juga dari Kansas city, USA, juruperunding educateandmotivate.com  di Kansas city, USA. Beliau tiba jam 11 malam, 15 Mac, penerbangan terus dari Washington DC-Jeddah-Gizan city. Program pertama beliau ialah ucaptama di dewan teater JU bertajuk:
Tajuk Ucaptama pada 17 Mac
"Teaching Techniques that Accelerate Learning" atau Teknik Pengajaran yang Mempercepatkan Pembelajaran". Kehadirian dan komuniti akademik JU amat menggalakkan.
Dr Dan Lumley
Program bermula jam 7 petang (selepas solat Maghrib hingga jam 9:00 malam. ia turut dihadiri oleh Timbalann Rektor, Prof Dr Ali al-Kamli.
Bersama Dr Lumley
Antara isu pengajaran di abad 21
Dua hari berikutnya (18-19 Mac) Dr Lumley mengadakan workshop dgn pensyarah2 JU dalam tajuk kepakaran beliau yakni teknik pengajaran yg amat berkesan untuk menarik minat pelajar IPT untuk belajar khususnya pelajar era digital.

Dr Lumley sdd berintraksi dgn peserta
Ia suatu wokshop yang amat berjaya dan rata2 pensyarah JU amat berpuas hati dgn kepakaran Dr Lumley dalam bidang teknik pengajaran berkesan.
bergambar bersama Dr Lumley

No comments: