Monday, March 18, 2013

(Siri Travelog KSA 54) Kunjungan Prof Dr Michael Lane 1: seminar

Kali ini Jazan University (JU) menerima kunjungan Prof Dr Michael R Lane dari Kansas USA. Beliau tiba di Jazan pada Jumaat malam 8 Mac jam 10:45 malam di Jizan Airport. Dr Lane ialah mantan Presiden University Emporia State, di Kansas. Ini adalah lawatan pertama beliau ke Saudi Arabia. Pada hari Ahad  (10 Mac) beliau memberi ucaptama (public lecturer) di JU Theater bertajuk:
Dr Lane bersama Dr Isa al-Ruhaily
Poster Ucaptama
Tajuk ucaptama beliau ialah Quality Assurance and Academic Development atau dalam arabic "Dhamman al-Jaudah wal I'timaad al-Akaadiimii" (Jaminan Kualiti dan Pembangunan Akademik). Ia turut di hadiri oleh Rektor JU, Prof Dr Muhammad al-Hiyazi.
Dr Lane sedang melayani peserta di akhir sesi
 Dr Michael Lane mempunyai pengalaman luas selama 37 tahun dalam bidang IPT dan jawatan terakhir beliau ialah Presiden Emporia State, Kansas City, antara universiti terbaik di Kansas.
************************************************************************************************
Kemudian pada hari Isnin-Rabu (11-13 Mac) di Hyatt Hotel Jizan, pegawai2 tinggi dan para profesor JU hadir untuk berbengkel bersama Dr Lane.
Tajuk Wokshop
Tajuk Wokshop tiga hari ialah sekitar Quality Assurance Through Strategic Planning for JU. atau Jaminan Kualiti Melalui Perancangan Strategik buat JU. Wokshop tiga hari itu sangat bermanfaat kerana JU sedang berusaha mendapat akreditasi dari lembaga Akreditasi Arab Saudi.
thtl bergambar kenangan dgn Dr Lane

No comments: