Pada Khamis 14 Mac, JU meraikan prof Dr Michael Lane dan dua lagi tetamu JU juga dari USA ke Pulau Peranginan al-Furasan, kira2 50 KM di luar pantai Jizan dalam Laut Merah (Red Sea). Perjalanan menggunakan feri yang agak besar yg memuatkan 200 penumpang dan 30 buah kenderaan. Tambangnya percuma berdasarkan siapa cepat dia dapat. Kami bertolak awal ke jetty Jizan Port Authority, jam 5:15 pagi kami sudah brgerak dari apartment. 3 buah kenderaan semuanya, jenis SUV, Ford Flex, GMC SUV dan Toyota Fortuner. Kami juga membawa peralatan BBQ termasuk daging dan ayam yang sudah diperap. Kami berjaya mendapatkan tiket dengan mudah kerana masih awal pagi dan pada jam 7 pagi, feri berlepas dari jeti. Perjalanan memakan masa 1 jam 15 minit dan pulau Furasan kemungkinan saiz sama bsar dgn pulau Langkawi. Jalannya elok, lebuhraya 4 lorong. Kami terus ke Coral Beach Resort, betul2 di tepi pantai...
|
beranda Coral Beach Resort Furasan Island |
Aturcara pertama ialah sarapan pagi. Kami keluar ke pekan dan ia agak besar juga dan kami makan roti Yaman dan humuz dan falafil. Selepas itu kami menuju ke dua lokasi, pusat kebudayaan Pulau Furasan, tarikan utama ialah senibena perkampungan arab baduwi.
|
Kampung Budaya Arab Baduwi P Furasan |
|
Rumah Baduwi zaman dulu dari batu bukit |
Banyak tarikan di sini, antaranya telaga lama dan cafe lama tempat orang arab minum kopi. Selepas itu kami ke kawasan penempatan Empayar Othmaniah yang mentadbir pulau ini ketika era kegemilangan Othmaniah dulu.
|
saki baki empayar Othmaniah |
Di kawasan runtuhan empayar Uthmaniah
|
Dr Lane dan Anwar Qatrawi dari Jordan |
|
salah satu runtuhan kota mpayar Uthmaniah |
|
Telaga lama, Perigi Aabedah di Pulau Furasan |
Minum kopi arab
|
menikmati kopi arab dan korma Pulau Furasan |
Siri 3: Memancing di Laut Merah dan BBQ
No comments:
Post a Comment