Tuesday, April 23, 2013

Travelog KSA 65: Lawatan TNC Akademik U Of Michigan, USA

Jazan U (JU) menerima lagi dua tetamu dari USA, kali ini Prof Dr Lester Monts, TNC (Akademik) dan Prof Dr Constance Cook, Pengarah Eksekutif Pusat Kecemerlangan Pengajaran dan Pembelajaran dari University of Michigan, Ann Arbor, USA. University Michigan adalah IPTA no 3 terbaik di seluruh USA dan no 12 keseluruhan IPT USA. Mereka berdua tiba pada hari sabtu (20 April) dan akan mengadakan lawatan 3 hari ke JU. Lagi sekali saya ditugaskan menjadi pengiring tetamu. Mereka berdua amat gembira bila mendapat tahu saya juga graduan dari Michigan, tapi di bandar Kalamazoo, lebih kurang 90KM dari Ann Arbor.
Hari pertama (20 April): saya membawa mereka menaiki cruise speed boat di laut Merah dan melawat Taman warisan Jazan city. Mereka amat terharu kerana akhirnya dapat melihat dan cruise di dalam Laut Merah dgn mata kepala mereka sendiri.
Prof Dr Lester Monts, TNC U of M

Prof Dr Constance Cook
 Selepas cruise di laut Merah, kami ke kompleks warisan Jazan City yg mempamirkan senibina Jazan zaman dulu:
senibina lama Jazan

Rumah penduduk baduwi kawasan pergunungan
Kota Warisan Jazan City
Hari kedua: Ahad, 21 April

Dr Monts dan Cooks memberi ucaptama di Dewan Utama JU bertajuk berkongsi pengalaman Universiti Michigan sebagai contoh universiti bertaraf dunia kepada seluruh kakitangan JU, Rektor JU, Prof Dr Muhammad al-Hayazi turut hadir.
Tajuk Ucaptama delegasi Michigan

Dr Monts dan Cook menerima cenderahati dari Rektor JU

Menemani Dr Monts di pentas utama
Hari ketiga (Isnin, 22 Apr): Mesyuarat tertutup antara Dr Monts dengan Dekan2 utama JU
Sesi pertemuan Dr Monts dgn pemimpin kanan JU

Saya dihadiahkan topi alumni Univ of Michigan dari Dr Monts
Dr Monts dan Dr Cook berlepas ke USA pada malam Isnin. Bon voyage.
 

No comments: