Friday, April 5, 2013

Travelog KSA 61: Rehlah Umrah 4/Akhir

Pembinaan masih berterusan di mesjid al-Haram
Jumaat, 22 Mac 2013, Mekkah
Selepas bergunting dan sarapan pagi ringkas (teh dan roti sandwic), saya dan Asim ingin mencari motel yg ditempahnya dari Jazan. Asim booking hotel tsb melalui Dr Maqbool, pensyarah di Fakulti Bisnes, Jazan Univ (JU) yang berasal dari Kerala, India pada kadar SAR 80.00 satu malam. Saya agak gembira kerana ia adalah kadar yg amat murah memandangkan bulan Mac adalah waktu puncak bagi umrah. Kami berjalan kaki dari mesjid al-Haram, melalui tepi istana Raja Saud, menuju arah mesjid kucing lama (sekarang sudah dirobohkan) dan juga perkuburan Ma'la (kubur yang menempatkan Khadijah ra isteri Nabi saw. Saya perhatikan rumah tempat lahirnya Nabi saw, rumah Abdullah dan Aminah, masih ada, tidak dirobohkan. Tak tahulah apa kesudahan dgn rumah tersebut. Kawasan inilah yang sedang diruntuhkan dan dibina semula dalam projek pembesaran raksaksa mesjidil Haram. Semua hotel-hotel bajet sudah diruntuhkan. Lebih kurang satu KM lebih juga kami berjalan dan akhirnya kami menemui motel tersebut dan barulah saya tahu, saya kena share bilik tersebut dgn 3 yang lain dan malangnya majoriti penghuni motel tsb adalah dari Kerala, India. Selama ini saya faham, saya akan mendapat satu bilik kecil, rupanya saya kena kongsi bilik. Rasa kecewa pun ada..kalau kena kongsi bilik dengan orang Malaysia tu OKlah juga..saya ajak Asim Khan ronda-ronda di kawasan tsb utk mencari bilik motel lain secara walk-in. Kami masuk beberapa motel, semuanya samada penuh atau mereka hanya beri kpd booking melalui kumpulan sahaja (individu tidak dilayan). Saya kata kepada Asim, tak apalah, saya cubalah satu dua malam, hingga dapat bilik yg lain...rupanya di saudi, hari Khamis hingga petang Jumaat adalah hari umrah untuk rakyat saudi, sebab itu mesjid al-Haram dan hotel semuanya penuh. Kami ambil teksi untuk pergi ke kawasan parking di pinggir Mekah untuk mndapatkan bag saya. Selepas itu, Asim memandu MPVnya dan menghantar saya ke motel Kerala tersebut, selepas saya check-in, dia beredar ke Jeddah... Motel ni, satu bilik kena share empat orang dan bilik airnya juga kena share kat luar. semasa saya masuk, ada dua orang India di dalamnya sedang tidur. Saya mandi dan juga  tidur seketika sebelum solat Jumaat. Entah macam mana saya terjaga jam 10:30 pagi, saya bergegas ambil wudhuk, dan pakai jubah untuk solat Jumaat. Saya risau juga dgn keselamatan bag saya, tapi tawakkal ajelaa..lalu segera berjalan kaki ke mesjid. Cuaca sudah terasa panasnya, berpeluh juga nak sampai ke mesjid. Bila sampai di Gate King Abd Aziz, sudah penuh sesak, mesjid sudah penuh dan Polis tak benarkan kami masuk. Rupa-rupanya jam 10:30 mesjid sudah penuh. Ini kerana ruangan atas sebahagiannya telah ditutup kerana kerja2 pembinaan. Maka terpaksalah saya solat di luar mesjid dalam kepanasan.
Pulang ke Jazan
Apabila selesai Jumaat, saya ke restoren Pakistan berdekatan utk makan tengahari dan berjalan balik ke motel. Tiada siapa dalam bilik, kemungkinan mereka masih di mesjid. Saya buat keputusan untuk balik saja ke Jazan malam ini juga kerana jarak yang agak jauh dgn mesjid, keadaan dalam mesjid al-Haram yang sesak dan keadaan motel yang tidak selesa serta sayab gagal mendapatkan hotel lain. Kebetulan kawasan ini berdekatan dgn stesyen bas SAPTCO (syarikat bas nasional Arab Saudi) dan ada tiket balik ke Jizan jam 2 pagi. Maka saya beli harganya SAR 70.00. Pada sebelah malam, baru saya jumpa dgn 3 penghuni bilik saya, tapi mereka tak dapat cakap dgn saya kerana mereka menggunakan bahasa Kerala, sepatah pun saya tak faham...Akhirnya jam 1 pagi saya jalan ke stesyen bas dan menaiki bas express ke Jazan. Bas itu agak penuh dan agak selesa. Saya hanya tidur dalam perjalanan. Ia berhenti untuk solat Subuh di mesjid tepi jalan dan juga untuk makan tengahari Saya sampai di Jizan jam 4.30 petang. Begitulah tamatnya, saya rancang umrah seminggu tapi yg Allah izinkan cuma 3 hari saja, itupun banyak masa habis dalam kenderaan. Apapun saya bersyukur mengunjungi Baitullah kali ini...

3 comments:

Mohd Danial said...

Assalam,

Pak thtl apa khabar? bila nak jalan madinah al-munawwarah?

THTL said...

khabar baik Ibnzubair..selepas dua tahun hang kat Medinah, barulah nak kontek pak thtl ha...
OK, (IA) saya akan datang Madinah pada 24-26 April nanti. Selepas tu saya akan fly ke Dammam city dari 27-29 April.

Ingin minum tehtarik di Madinah bersama Dr Kacang badam sekali ek?
syukran wa ilalliqo'.

THTL said...

Saya juga nak cari Prof Dr Muhammad Kamil Ibrahim, penulis bestseller "Travelog Haji" di Jaamiah Taibah