Saturday, April 13, 2013

Travelog KSA 62: Corat-Coret KSA 1 - Tiada ahlan wasahlan di sini

Peta Arab Saudi
Anda tidak dialu-alukan di Arab Saudi?
Orang KSA tentulah marah bila melihat tajuk ini. Tapi ia sebanarnya suatu fakta yg anda akan akui sebaik saja anda ingin ke KSA. Tidak ada visa pelancung biasa ke KSA. Ia pelik tapi benar. Jika anda mengunjungi ke Royal Embassy of KSA di Jalan Ampang, dan anda ingin memohon visa pelancung ke KSA. Jawapannya tiada Visa Pelancung Biasa. Anda hanya boleh masuk ke KSA dgn lima visa sahaja:
  • Visa Iqamah  Kerja, jika mendapat tawaran kerja dari majikan KSA
  • Visa Iqamah Belajar di IPTA KSA
  •  Visa Umrah dan Haji. Ia diuruskan oleh travel agent anda atau oleh Lembaga Urusan dan Tabung Haji (TH).
  • Calling Visa (Visa jemputan) dari suami, sanak saudara dan keluarga anda yang sedang menuntut atau bekerja di KSA. Sesiapa yg ada keluarganya bekerja di KSA boleh datang ke KSA utk melancung
  • Iqamah Calling Visa (Visa khas utk isteri/suami dan anak-anak) yang akan mengunjungi atau menetap bersama suami atau isteri atau ayah mereka  yg bekerja di KSA
Selain itu, anda tidak dapat masuk ke KSA sebagai pelancung (dan mengerjakan Umrah), yakni anda ingin mengerjakan umrah sendirian tanpa menyertai pakej syarikat umrah dan selepas itu ingin melancung ke bandar-bandar di KSA, spt Mekah, Madinah, Thaif, Riyadh, Jeddah, Jizan,  Tabuk atau Najran. Berbedza dgn Malaysia, Thailand, Indonesia, dan kebanyakan negara, mereka mengujudkan prasarana untuk industri Pelancungan dan mengalu-ngalukan para pelancung datang dgn pelbagai kempen/promosi spt Tahun Melawat Malaysia. Tapi di KSA tidak ada "Tahun melawat KSA". Tentu kita akan tertanya-tanya kenapa?
Jawapannya ialah ada lebih dari 10 juta pekerja asing di KSA atau 30% dari jumlah penduduk KSA (28 juta), yakni satu dari tiga penduduk KSA, adalah warga asing atau non-saudi. Maka untuk mencegah kebanjiran pekerja asing ke KSA, maka visa pelancung biasa tidak diujudkan oleh KSA. Ini suatu langkah pencegahan supaya untuk mengawal kedatangan buruh asing yang menyalahgunakan visa pelancung mereka. Jika anda ingin datang ke KSA, opsen yg ada hanyalah Visa Umrah dan Haji sahaja yang terhad kpd lawatan ke dua tanah suci, Mekkah al-Mukaramah dan Madinah Tayyibah shj. Itulah realiti yg anda kena tahu jika anda ingin melancung ke KSA. Ianya tidak ujud kecuali umrah dan haji shj.
*KSA = ialah singkatan bagi  Kingdom of Saudi Arabia

No comments: