Selama dua hari kami berbengkel dengan Prof Sir Dr Peter Williams yakni pada Isnin (18 Feb) dan Selasa (19 Feb). Workshop dua hari berlangsung di Hotel Hayat Jizan seputar metodologi Unjuran Kualiti (Qualiti Assurance) dan Akreditasi bagi sebuah universiti yang baru seperti U. Jazan. Ia dihadiri oleh 60 peserta terdiri dari tenaga kerja penting Jazan university. Rata-rata kakitangan JU yang terlibat dgn kualiti dan pembangunan akademik amat berpuas hati dengan ilmu dan pengalaman Prof Williams yang mengendalikan bengkel tsb dgn penuh profesional.
Prof Dr Williams sedang menyampaikan kuliah |
Prinsip bagaimana IPTA ingin mendapat akreditasi |
Prof Williams sedang berinteraksi dgn peserta |
Wokshop dikendalikan sepenuhnya dalam bahasa Inggeris. Ini tiada masalah kerana majoriti peserta memiliki kemampuan bahasa Inggeris pada kadar sederhana. Terdapat jurubahasa, di mana mereka boleh ajukan soalan dalam bahasa arab. Workshop berakhir pada petang selasa (19 Feb) jam 3:30 ptg.
Suasana makan di Hotel Hayat Gizan
No comments:
Post a Comment