Saturday, February 16, 2013

La Tahzan 184-3/Akhir: Waspada akan Cinta Asyik, احْذرِ العِشق


أمَّ دواءُ العِشْقِ ، فمنْهُ
terj: Adapun penawar kpd fenomena cinta asyik ialah firman Allah SWT: 
كَذَلِكَ لِنَصْرِفَ عَنْهُ السُّوءَ وَالْفَحْشَاء إِنَّهُ مِنْ عِبَادِنَا الْمُخْلَصِينَ
 AQS S. Yusof, 12:24 [Demikianlah, agar Kami memalingkan dari padanya kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya dia (Yusof) itu termasuk hamba-hamba Kami yang terpilih]
Nota: orang yang terselamat dari masalah cinta asyik ni ialah orang yg dipilih oleh Allah SWT. Antara tips yang dinyatakan oleh al-Hafiz Ibn Qayyim ialah:

الانطراحُ على عتباتِ العبوديِّةِ ، وسؤالُ المولى الشِّفاء والعافية
Tips #1: Kuantiti dan Kualiti Ibadah
terj: Perbanyakkan kuantiti dan perbaiki kualiti ibadah anda dan sentiasa pohon penyembuhan dan pemulihan dari Allah SWT.

وغضُّ البصرِ وحفْظُ الفرْجِ
Tips #2: Tundukkan Pandangan dan Menjaga Kemaluan
وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ
AQS al-Mu'minun, 23:05 [Dan orang-orang yang menjaga kemaluan mereka]
وهجْرُ ديارِ منْ تعلَّق بهِ القلبُ ، وتركُ بيتهِ وموطنِهِ وذكْرِهِ
Tips #3: menjauhi tempat dan suasana yang merangsang cinta asyik
والاشتغالُ بالأعمالِ الصالحةِ
Tips # 4: Menyibukkan diri dengan amal Soleh
إِنَّهُمْ كَانُوا يُسَارِعُونَ فِي الْخَيْرَاتِ وَيَدْعُونَنَا رَغَباً وَرَهَباً
AQS al-Anbiyaa', 21:90 [Sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang selalu bersegera dalam (mengerjakan) perbuatan-perbuatan yang baik dan mereka berdo'a kepada Kami dengan harap dan cemas]
والزَّواجُ الشَّرْعيُّ
Tips #5: Menikahlah secara Syara'iy
فَانكِحُواْ مَا طَابَ لَكُم مِّنَ النِّسَاء
AQS an-Nisaa', 04:03 [Maka nikahilah mana-mana wanita yang engkau sukai]
وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَاجاً لِّتَسْكُنُوا إِلَيْهَا
AQS ar-Rum,30:21 [Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menjadikan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu merasa tenteram kepadanya]
al-Hadis:
 يا معشر الشبابِ ، منِ استطاع منكمُ الباءة فليتزوَّجْ
terj: "Wahai pemuda, barangsiapa yang cukup kemampuan di kalangan kamu, maka hendaklah dia berkahwin" HR Bukhari dan Muslim
Takhrij:
الراوي: عبدالله بن مسعود المحدث:البخاري - المصدر: صحيح البخاري - الصفحة أو الرقم: 5066

No comments: