Monday, February 18, 2013

Travelog KSA 51: Lawatan Prof Sir Dr Peter Williams UK

Buat masa ini Jazan Univ (JU) sedang meraikan kunjungan Prof Sir Dr Peter Williams dari UK. Beliau tiba di Jizan pagi Sabtu 16 Feb dari Heathrow-Riyadh-Gizan. Dr Peter Williams merupakan mantan CEO QAAHE (UK) atau Quality Assurance Agency for Higher Education atau Lembaga Akreditasi UK dan mantan Presiden ENQAHE (European Association for Quality Assurance for Higher Education atau Lembaga Akreditasi Komuniti Eropah untuk Pengajian Tinggi. Beliau akan menjadi tetamu JU hingga Rabu 20 Feb. Saya ditugaskan menjadi menteri pengiring yakni menemani beliau sepanjang menetap di JU. 
Hari pertama: Sabtu, malam 16 Feb, Ucaptama di Dewan Teater Utama JU bertajuk "The Role of Quality Assurance In The Improvement of Quality And Standards In Higher Education" atau Peranan Unjuran Kualiti dlm Peningkatan Kualiti dan Standard dalam Pendidikan Tinggi. ia turut dihadiri oleh Rektor JU, Prof Dr Muhammad al-Hayazi.
Prof Dr Williams sedang menyampaikan ucaputama
Ucaptama bermula jam 7:15 malam waktu tempatan

sedang khusyuk mendengar ucaptama
Bersama Prof Williams di akhir Ucaptama
Hari Kedua, Ahad 17 Feb: Jabatan saya mengadakan mesyuarat tertutup dengan Prof Williams di pejabat Dekan dan kami makan tengahhari di restoren Herfy, Jizan. Pada sesi petang, jam 4:30 ptg waktu Jizan, Prof Williams di bawah ke jeti pelabuhan Jizan untuk bersiar-siar dgn kapal mewah milik Chanselor JU, Prince Muhammad bin Nasser al-Saud, menikmati keindahan Laut Merah (Red Sea) waktu petang.
Bersama Prof Williams di jeti pelabuhan Jizan
Prince Muhammad tidak dapat bersama kerana berada di luar negara, rombongan diikuti oleh Dekan, timbalan Dekan  dan beberapa orang profesor.
Timbalan Dekan, Dr Isa al-Ruhaili, Dr Peter dan Dr SA
Cuaca agak baik dan suhu sekitar 30 selsus dan ombak juga tidak bergelora
Posing di kapal mewah milik Prince Nasser
 

2 comments:

abu muhammad walid ilias said...

rasa jeles ngan th, dok saudi kejap jer dah rapat dengan prince n king. agak2 lepas ni dapat datukship saudi ker. ha ha

THTL said...

hehehe, lambat lagi, royal family ni nak kena buat jasa dulu kat jazan ni, ana kena buat sesuatu yg big dan high-impact kpd university..well, kita kana cuba...