King Khaled International Airport, Riyadh, KSA |
Percutian saya bermula 15 Jan 2013 berjalan pantas sekali. Minggu pertama dihabiskan untuk menyelenggara kereta-kereta spt servis dan menukar tayar baru. Peralatan rumah juga diperbaiki, antaranya dua unit penghawa dingin yang rosak dan mengganti peti TV lama dgn jenis LCD-LED. Selepas itu minggu kedua dihabiskan di Kelantan kerana ada majlis kahwin sepupu dan akad nikah anak saudara serta melihat kemajuan pembinaan rumah saya di sana . Untuk pulang semula ke KSA, saya berjaya mendapatkan tiket syarikat Sri Lankan Airlines dan tarikh yang ada ialah pada Isnin 28 Januari, jam 2:50 ptg KLIA-Colombo-Riyadh.
Saya dan famili tiba dari Kelantan (ke kediaman di Subang Jaya USJ) jam 10 malam Sabtu, 26 Jan dan pada hari Ahad, saya membuat last-minute shopping barang keperluan spt vitamin dan supplement kerana harganya yg mahal di KSA. Pada hari Isnin, 28 Jan, tibalah saya berangkat pulang ke KSA dan dihantar oleh famili di KLIA. Kami sempat lunch bersama di Food Court Level 2 dan selepas itu saya bergegas ke balai berlepas. Famili saya sudah tenang dan biasa dgn rutin saya sekarang, tiada lagi terbayang wajah kesedihan di wajah-wajah mereka.
Ini pertama kali saya menaiki penerbangan Sri Lankan Airlines menggunakan pesawat yg agak kecil ke Colombo, yakni A320 (Airbus), Perkhidmatannya agak bagus juga dan kebanyakan penumpang adalah pelancung Arab Saudi dan warga Sri Lanka dan India. Tiba di Colombo jam 4:30 ptg di Bandaranaike International airport, ia agak besar dan saya tidak perlu keluar dari balai berlepas kerana penerbangan ke Riyadh adalah pada jam 6:45 ptg waktu tempatan. Saya mencari tempat solat, tidak ada, namun dapat suatu ruang kosong di hujung bilik menunggu B13 dan saya solat jama' takhir Zuhur dan Asar di situ. Memang kemudahan solat tidak disediakan. Saya meronda-ronda ke kawasan kedai-kedai duty-free dalam airport dan semua urusan adalah dalam USD$. Rasanya bagus kalau kita ingin travel untuk mmbawa USD dalam 100 dollar, kerana ia matawang yang digunakan di semua airport. Bila tiba untuk berlepas, saya dapati saya kehilangan smartfon yang baru sahaja di beli di Malaysia. Kemungkinan ia terjatuh semasa saya terlelap di kerusi balai menunggu. Mundar mandir saya mencari dan bertanyakan pihak sekuriti, namun ia hilang begitu saja. Tetapi alhamdulillah, saya masih ada lagi satu unit HP spare tapi ia bukan jenis smartfon.
Penerbangan Colombo-Riyadh memakan masa 5 jam setengah dan ia menggunakan pesawat yg lebih besar, airbus A330 baru dan lebih selesa. Tiba di Riyadh jam 9:50 malam dan saya ingin mendapatkan flight terakhir Riyadh-Gizan jam 10:30 malam secara stand-by. Namun musibah berlaku di check-point imigresen di mana waktu itu kebetulan banyak penerbangan mendarat secara serentak dan ini menyebabkan kawasan imigresen menjadi penuh sesak dan saya terpaksa beratur panjang. Di sinilah ketara sekali taraf dan mutu perkhidmatan pihak imigresen arab saudi di mana saya terpaksa beratur hampir 3 jam hanya utk urusan mudah mengecop paspot. Jam 12:00 malam semua flight ke Gizan sudah habis dan penerbangan yg paling awal esoknya, ialah jam 5:00 pagi keesokannya (29 Jan), saya berjalan ke terminal domestik, agak jauh juga jalan kaki krana airport King Khaled ini memang besar, seperti KLIA. Yang bagusnya kaunter jualan tiket Saudia dan travel agent at-Tayyar beroperasi 24 jam dan begitu juga kaunter tiket stand-by.
Oleh kerana saya belum ada tiket Riyadh-Gizan, saya kena beli tiket dulu di at-Tayyar Travel. Harganya SR 320 ke Gizan. Kemudian saya perlu mendaftar online melalui kiosk Standby dan mendaftar 1 jam sebelum flight. Saya yakin dapat flight jam 5 pagi kerana ia terlalu awal. Kemudian saya ke ruang musalla dan selepas solat jama'takhir Maghrib Isya', saya melelapkan diri buat seketika, namun sayab tertidur dan terjaga jam 4:30 pagi. Saya bergegas ke kaunter standby tapi dimaklumkan saya sudah terlepas fligh jam 5 ke Jizan! Habislah, saya kena masuk ofis jam 8:30 pagi. Saya tak mahu dimarahi oleh Boss. Saya dimaklumkan penerbangan seterusnya ialah jam 2:45 ptg dan saya kena mndaftar di standby counter jam 1:00 tghari Rupa-rupanya saya baru tahu, budaya arab saudi ialah mereka kebanyakkannya beli tiket secara stanby dan ini menyebabkan peluang saya agak tipis kerana mereka mengutamakan warga saudi dulu. Saya tidak putus harapan, menyerahkan sepenuhnya kpd Allah dan berdoa agar saya dapat tiket ke Jizan petang nanti.
Saya solat Zuhur dan Asar di musalla, dan berdoa agar adalah satu tiket standby ke Jizan. Alhamdulillah, sebaik saja saya tiba di kaunter standby, saya diberi berita gembira, ada kekosongan ke Jizan. Saya tiba di Jizan airport jam 4:30 pm dan disambut oleh drebar saya, Bro Asim Beig. Keesokannya, saya menjelaskan kpd boss dan dia senang hati mmahami masalah saya..alhamdulillah.
5 comments:
Suasana sesak di Pusat Pemeriksaan Imigresen Riyadh adalah satu kebiasaan sejak dahulu lagi. Dilihat pada ragam pegawai betrugas, sememangnya 'menduga keimanan'. Kesemua pintu masuk ke KSA via Dammam, Jeddah dan Riaydh telah pun saya tempuhi dgn 'kerenah' tipikal. Apatah jika kita masuk melalui penerbangan bukan Saudi Airline. Berbanding 8-10 tahun dahulu, buleh saya katakan suasana sekarang (cara pegawai berkeja) sudah bertambah baik!
Rasanya ini kali kedua anak melalui entry point Riyadh dan kali ini paling teruk so far...sikap pgawai Imigresen saudi amat mengecewakan...melalui Jeddah ok sikit sebab semua melalui Saudia Airlines...
*ana
bos, buat rumah kat kelantan kat mana? ada hati nak balik stay kelantan ker?
kat Ketereh. apa pun buat dulu, bila time balik kampung beraya duk rumah sendiri...hehehe. ada planning utk retire di kelatey
Post a Comment