Thursday, January 10, 2013

Kemelut Kalimah Allah di Malaysia: antara fiqh dan kuasa

Jika pihak berwajib, majlis Agama yang dibawah kuasa Sultan-sultan Melayu melarang penggunaan kalimah "Allah" dalam Bible edisi terjemahan King James version, ia adalah juga boleh kerana menggunakan kuasa dan pedang dalam meluruskan fahaman umat Kristian. Sama juga dgn isu melarang lelaki Islam Melayu berkahwin dengan perempuan Kristian sedangkan di negara-negara Arab, perkahwinan lelaki arab Islam dan perempuan Kristian di bolehkan tanpa perlu menukar agama.
Ini bermakna pihak berkuasa agama Islam Malaysia melarang umat kalimah God atau Father dalam Bible St James Version di terjemah kepada 'Allah" kerana mahukan orang Kristian menerima Allah sebagaimana Allah dalam al-Qur'an. Sebagai alternatifnya, "God" hendaklah diterjemahkan sebagai "Tuhan" dan "Father" sebagai "Bapa" (kepada Jesus Christ, son of God). Ini bermakna, Jesus Christ  juga tidak boleh diterjemah sebagai Isa anak Allah, melainkan Jesus hendaklah diterjemah sebagai Isa putra Maryam sebagaimana dalam al-Qur'an. Ini hak pemerintah dan sultan. Namun dari sudut pandang Fiqh lintas Agama, kita memahami umat Kristian sebagai penganut agama semitik (agama yang diturunkan melalui rangkaian para Nabi), mereka mempunya akidah triniti yang sesat, di mana mereka berakidah Allah itu sebagai Bapak kepada Isa. God dan Father dalam Bible itu adalah Allah yang mereka fahami secara sesat. Jika penguasa Malaysia ingin membetulkan mereka dengan pedang, itu memang suatu yang boleh jika mereka merasakan itulah yang terbaik. WA


2 comments:

ayus said...

Assalamualaikum THTL,

Boleh diterangkan dengan lebih lanjut berkenaan ayat di atas.

"Jika penguasa Malaysia ingin membetulkan mereka dengan pedang, itu memang suatu yang boleh jika mereka merasakan itulah yang terbaik."

Terima kasih THTL.

THTL said...

Maksud "pedang" adalah menggunakan kuasa. Di mana Malaysia, kuasa dipegang oleh melayu-muslim dan agaa Islam adalah agama resmi persekutuan, maka pihak berkuasa boleh menggunakan kuasa untuk meremehkan usaha-usaha musuh Islam termasuk gereja untuk menggunakan kalimah Allah. Bila org Islam berkuasa, dia ada dia pilihan, hujah atau pedang (kuasa)