Wednesday, June 16, 2010

Travelog Da`iy 9: Usrah bersama brothers



Akhirnya aku dijemput menghadiri Usrah bersama brothers MISG. Usrah adalah trademark gerakan Islam yang menyatukan fikrah tajdid/reformis di seluruh dunia. Usrah adalah nadi madrasah yg masyhur ni, menjana pekerja2 gerakan Islam di seluruh dunia. Ada pelbagai metod gerakan di USA, brothers arab berada dalam rabitah al-syabab lil Muslim al-arabi, ISNA (Islamic society of North America), manakala pelaja2 melayu majoriti berada dalam MISG. Apabila seseorang sudah dijemput menghadiri usrah bermakna dia sudah dipercayai, ada potensi utk dakwah dan menjadi tenaga muda dalam pergerakan Islam (harakah islamiah).

Usrah berputar pada silabus yg standard dan dikendalikan oleh seorang mas'ul (ketua usrah), setiap usrah selalunya dalam bilangan 7-10 orang...pengisiannya berputar pada hafazan, tazkirah, bacaan al-ma'thuraat al-banna, kajian buku atau pembacaan teks usrah yg wajib, selalunya kitab syed Qutb, Dr Fathy Yakan, al-Mawdoodi, Dr Abd Kareem Zaydan, Mustafa Masyhuur dan Majmu'ah Rasa'il Ustaz Hasan al-Banna sendiri.

Usrah MISG yang ku hadiri terdiri dari 10 orang lebih...ia ada sesi bacaan AQ, tazkirah Mas'ul, kemudian pembentangan kajian buku, kemudian pembentangan kajian semasa dan peenutupnya ialah sesi rumusan dan setiap ahli usrah dikehendaki bercakap mengulas isu pada malam tsb...Bila tiba giliranku, aku cuma memperkenalkan diri dan bercakap sepatah dua kata sahaja...mereka nampak seronok menerima kehadiranku dalam usrah mereka..selepas itu ada jamuan, makan spaghetti, pizza, lasagna, mee..bab makan, di US mmg syurga makan...

Usrah aadalah aktiviti mingguan. Minggu berikutnya, ia dihostkan oleh apartment kami.
Sibuk juga kami grocery dan menyiapkan makanan. Rata-rata geng bujang ddi US mmg pandai masak...Pada sesi ulasan, aku tidak melepaskan peluang utk bercakap, pengalaman mengendalikan usrah semasa menuntut di Perlis, aku benar-benar keluarkan..brothers terpegun mendengar ucapanku...mereka berpandangan antara satu sama lain...aku dapat membaca body languange mereka, bahawa thtl ni bukan ahli usrah biasa......

4 comments:

martial said...

gambar ni macam kat rumah ppm mekah ja

THTL said...

martial,

foto tu cuma hiasan je...hehehe

busarah said...

Betulke apartment kat Kzoo ni?

Pembetulan sikit dalam entry anta sebelum ni: Sheikh Muhammad al-Khudry dari Saudi tu sebenarnya Muhammad al-Kandari dari Kuwait.

THTL said...

TQ Busarah,

syaikh Muhammad tu masa ana dok raapat dgn dia mmg jelas dia sebut dia dari KSA (saudi), tak tahula...yg mana satu...

foto apartment tu, foto hiasan je...gambar apt sebenar, ana tak ada dalam simpanan dan album2 foto US dulu banyak yg dah hilang atau rosak..
kalau enta ada, boleh share