7 sifat lelaki yang wanita amat tertarik...
2. Wanita amat tertarik dengan lelaki jenis "good listener" atau mampu menadah telinga kpd rasa hati dan problema mereka, khususnya seorang lelaki yang mampu khusyu' mendengar permasalahan dan luahan hati wanita tanpa memotongnya atau yg cepat menawarkan penyelesaian kpd permasalahannya...
Menurut kajian Dr John Gray (Men are from Mars, women from Venus, NY:1992), bila wanita dilanda masalah atau ketegangan (stress), dia memerlukan seseorang untuk meluahkan permasalahan tsb..dan jika ada telinga yg sanggup menadahnya, dia akan menjadi tenang dan tenteram. Namun di sana. kaum lelaki selalunya tidak suka mendengar permasalahan perempuan kerana dia risau, dia pulak yg akan dipersalahkan nanti.
Menurut Dr Gray lagi, menjadi pendengar yang baik, lelaki harus banyak bersabar, berlatih dan mencuba. Bagi umat Islam kita kena banyak melihat kpd kehidupan kaum salaf:
Inilah maksud hadith RasuluLlah SAW:
وخياركم خياركم لنسائهم
الراوي: أبو هريرة المحدث: الترمذي - المصدر: سنن الترمذي - الصفحة أو الرقم: 1162
خلاصة حكم المحدث: حسن صحيح
"dan sebaik-baik kamu ialah yang terbaik kpd isterinya" HR Ahmad, Abu Daud, dan Termidzi (beliau kata, hasan sahih), turut dinilai sahih oleh al-Haakim dan al-Albani (silsilah al-sahihah, no 284)
Akhlak RasuluLlah ni juga direkodkan oleh AQ:
لَقَدْ جَاءَكُمْ رَسُولٌ مِنْ أَنْفُسِكُمْ عَزِيزٌ عَلَيْهِ مَا عَنِتُّمْ حَرِيصٌ عَلَيْكُمْ بِالْمُؤْمِنِينَ رَءُوفٌ رَحِيمٌ (١٢٨)
AQT 9:128. [Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w), Yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan Yang ditanggung oleh kamu, Yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang Yang beriman.]
Salah satu sifat terbaik tersebut ialah menjadi seorang yg mudah mendengar dan prihatin kepada apa yg ingin diluahkan oleh wanita.
No comments:
Post a Comment