Tuesday, June 15, 2010

Fiqh Wanita 04

Tujuh sifat lelaki idaman wanita...

4. Wanita tertarik kepada lelaki yang membuatnya rasa selamat dan aman.

Ini kerana wanita merasa risau dengan tiga perkara: rupadirinya, kewangan dan cinta. Wanita sentiasa ingin diberitahu bahawa dia cantik, berbau wangi, enak utk bersama dan sentiasa baik adanya...Suami kena sentiasa peka dgn perubahan yang cuba ditunjuki oleh isterinya, samada pakaian barunya, selipar Crocs barunya, kasut Bonia barunya, fasialnya, atau stail baru rambutnya...Memberi pujian tentang citarasa dan pilihannya dan dia begitu anggun memperagakan barangan tsb, membuat wanita merasa seksi dan membuatnya ia bersedia utk ranjang secara spontan...Begitu juga wanita merasa tidak selamat jika suaminya lambat pulang atau jika suaminya tiba-tiba keluar, maka sms atau panggilan dgn hp akan merubah serta merta dan wanita merasa selamat dan aman bila dia tahu di mana suaminya berada...(Ruj: allan and barbara pease, ibid)

Apakah amalan salaf?
Dari Abu Hurayra ra, bahawa Nabi saw berpesan ketika Haji Perpisahan yg masyhur itu:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : " مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلَا يُؤْذِي جَارَهُ ، وَاسْتَوْصُوا بِالنِّسَاءِ خَيْرًا فَإِنَّهُنَّ خُلِقْنَ مِنْ ضِلَعٍ ، وَإِنَّ أَعْوَجَ شَيْءٍ فِي الضِّلَعِ أَعْلَاهُ ، فَإِنْ ذَهَبْتَ تُقِيمُهُ كَسَرْتَهُ ، وَإِنْ تَرَكْتَهُ لَمْ يَزَلْ أَعْوَجَ ، فَاسْتَوْصُوا بِالنِّسَاءِ خَيْرًا " .
terjemahnya:
" barangsiapa yg beriman kpd Allah dan hari Akhir, jgnlah dia mengganggu jirannya, dan perlakukanlah wanita dgn baik; sebab mereka diciptakan dari tulang rusuk yg bengkok; dan sesungguhnya bagian tulang rusuk yang paling bengkok yang bagian atasnya. Jika bermaksud meluruskannya, maka engkau mematahkannya dan jika engkau membiarkanya, maka ia tetap bengkok. Oleh kerana itu perlakukanlah wanita dengan baik." sahih Bukhori, no 3331, Muslim no 47

satu lagi hadith:
رقم الحديث: 4871
(حديث مرفوع) حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ مُقَاتِلٍ ، أَخْبَرَنَا عَبْدُ اللَّهِ ، أَخْبَرَنَا عَاصِمُ بْنُ سُلَيْمَانَ ، عَنْ الشَّعْبِيِّ ، أَنَّهُ سَمِعَ جَابِرَ بْنَ عَبْدِ اللَّهِ ، يَقُولُ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " إِذَا أَطَالَ أَحَدُكُمُ الْغَيْبَةَ فَلَا يَطْرُقْ أَهْلَهُ لَيْلًا " .

Dari Jabir ra bahawa Nabi saw bersabda:
terjemah:"jika kalian telah lama berpergian, janganlah ia mengetuk pintu rumahnya di malam hari." sahih Bukhari

Maksud hadith ni ialah supaya lelaki mengutus berita atau zaman sekarang dengan komunikasi canggih utk memberitahu waktu kepulangannya. Ini membolehkan isterinya bersiap sedia dan menghilangkan rasa bimbang akan isterinya tentang keselamatan suaminya dan jika dia tahu lebih awal, dia akan bersiap sedia baik masakan dan mempersiapkan diri utk suaminya...

Nas-nas di atas membuktikan Islam memahami apa yg amat dikehendaki oleh wanita...

No comments: