Sunday, June 20, 2010

Fiqh Wanita 05

7 Sifat lelaki yg menjadi Idaman Wanita..

#5: Wanita amat senang dengan lelaki yg menyintai kanak-kanak


[Gambar hiasan, ihsan dari kelab fotografi afn]

Wanita idamkan sebuah keluarga dan jika seorang wanita mendapati bakal suaminya atau suaminya menyukai kanak-kanak, maka wanita akan merasa aman, bahagia dan optimis dengan keluarga yg bakal dibinanya kelak...

Bagaimana sikap Nabi saw kita terhadap kanak-kanak?
Dari Abu Hurayra ra,

قبل رسول الله صلى الله عليه وسلم الحسن بن علي وعنده الأقرع بن حابس التميمي جالسا ، فقال الأقرع : إن لي عشرة من الولد ما قبلت منهم أحدا ، فنظر إليه رسول الله صلى الله عليه وسلم ثم قال : ( من لا يرحم لا يرحم ) .
الراوي: أبو هريرة المحدث: البخاري - المصدر: صحيح البخاري - الصفحة أو الرقم: 5997

terjemahnya:
" RasuluLlah SAW (pada suatu hari) mencium (cucu baginda), al-Hasan bin Ali. Peristiwa itu disaksikan oleh al-Aqra bin Habis yang kebetulan ada pada ketika itu. Lantas al-Aqra` berkata," saya mempunyai 10 orang anak dan saya tidak pernah mencium pun salah seorang dari mereka." Baginda menoleh kepadanya seraya bersabsa," siapa yang tidak menyayangi, niscaya tidak akan disayangi." sahih Bukhari, no 5997

Nabi saw memang amat sukakan kanak-kanak...
Imam al-Hakim (al-Mustadrak, jld 3:170) meriwayatkan ketika cucunda baginda al-Hasan dan al-Husin mengenderai belakang RasuluLlah saw, para sahabat yg kebetulan melewati (dan menyaksikan peristiwa tsb), lalu melontarkan komentar:" wadus,anak-anak, apa yg kamu berdua tunggangi itu adalah sebaik-baik tunggangan". Sabda Nabi dgn selamba," Iya, bahkan mereka berdua adalah sebaik-baik penunggang!"

1 comment:

Ahmad said...

salam, syeikh, ana seorang yang serius (walaupun biasa senyum).. ramai orang menganggap ana garang, dan sombong. (sebab ana tak peramah), sebab tu juga sampai ari ni takde awek.. tapi bila sampai kepada kanak2, sikap ana terhadap mereka biasa saja, yakni tidak terlalu menyukai mereka atau membenci mereka.. tak pandai juga bertutur dengan mereka.

macamne eh nak pupuk supaya kita leh suka kanak2.. (ana jenis komputer geek, suka banyak terpendam di depan komputer dan main game. haha).