Friday, July 6, 2012

La Tahzan 171-12/akhir: Detik Berharga dalam Hidupmu, في حياتِك دقائقُ غاليةٌ

Rangkuman Detik-detik berharga dan agung sepanjang zaman...
هناك لُطفٌ خفيٌّ يكْتنف العبدَ، مِنْ أمامِهِ ومنْ خلفه، وعن يمينهِ وعنْ شمالِهِ، ومِنْ فوقِه ومنْ تحتِ قدميْهِ ، صاحبُ اللُّطفِ الخفيِّ هو اللهُ ربُّ العالمين، انطبقتْ عليهمُ الصَّخْرةُ في الغارِ ، وأنْجى إبراهيم من النارِ، وأنجى موسى من الغرقِ، ونُوحاً من الطُّوفانِ، ويوسف من الجُبِّ وأيوب من المرضِ
terj: Ada Dzat, Yang Maha Lembut lagi Maha Tersembunyi yang meliputi setiap hamba (manusia), baik dari arah depan maupun belakang, dari kanan maupun kiri, dari atas maupun dari bawah kakinya...Dzat Yang Maha Lembut dan MahaTersembunyi itu adalah Allah, Tuhan sekelian alam buana...
Tuhan yang telah melindungi hamba-hambanya dalam gua (Muhammad saw yang bersembunyi di dalamnya ketika diburu Quraish, ashabul Kahfi dan tiga orang yang terperangkap dalam gua), Tuhan yang telah menyelamatkan Ibrahim as dari detik dicampak ke dalam api yg amat besar, menyelamatkan Musa as (dan Bani Israel) dari tenggelam (di laut Merah), (menyelamatkan Nuh as dari banjir mega, mengangkat dan memuliakan Yusof as dari sebuah telaga buruk yang dalam dan menyembuhkan Ayyub as dari penyakitnya.
Nota: Itulah detik-detik agung sepanjang zaman yang tiada tolok bandingnya. Kita tidak mungkin akan sampai ke tahap itu untuk diuji (oleh Allah) dalam kehidupan kita. Namun, setiap dari kita pasti akan menempuh detik-detik suka dan duka yang akan menggugah iman kita, yang anda akan kenang sepanjang hayat anda.

2 comments:

'Abdullah said...

syeikh, adakah sahih kalau dikatakan Allah mencipta setiap manusia di dunia ni berbeza-beza keadaannya kerana setiap manusia ada peranan masing-masing?

THTL said...

sahih

AQ 54:49 [Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir (yang telah ditentukan).]