Thursday, July 5, 2012

Dua buku saya bakal hit the market soon

Alhamdulillah dua karya sulung saya bakal menemui anda di pasaran (InsyaAllah) secara serentak:
Pertama: Catatan Ringkas "Jangan Bersedih" (La Tahza) utk bacaan harian

La Tahzan edisi Bacaan harian terbitan Pustaka Azhar, JB
Ini adalah La Tahzan dari versi asal karya Dr Aaidh al-Qarni (sudah dijual 3 juta naskhah di dunia arab), yang diringkas, ditahqiq semua hadisnya dan riwayatnya. Ia amat ideal utk bacaan harian atau diary dan  sesuai sekali  utk hadiah. Ia diterbit dibawah label Pustaka Azhar Johor Baharu. Ia bakal memasuki pasaran tak lama lagi. Catatan La tahzan ni adalah posting popular di mailing list, al-fikrah.net dan di laman website AFN 1.0 yang diterbitkan secara bersiri sejak tahun 2006. Maka ia satu kompilasi yg memakan masa 6 tahun.

Kedua: 25 Hadis Maqlubah

25 Hadis Maqlubah terbitan Darul Hadis, Bestseller Sdn Bhd
 25 Hadis Maqlubah atau 25 Hadis yang difahami secara terbalik adalah ringkasan dari kitab Prof  Umar al-Quraisyi, Riyadh dan Prof. Dr Yusof al-Qardhawi Qatar. Ia diterbitkan dibawa label Darul Hadis, milik sahabat saya, Ust Alamghiri. Yang mahal, nama thtl di abadikan dengan bandar Jizan, KSA.
Harap mendapat feedback positif dari pembaca sekelian.
Projek akan datang: Kompilasi Ta`bir Mimpi Internet dan Novel Travelog USA bersama Muslim Brotherhood.

6 comments:

Jamaludin said...

salam,

tahniah atas kejayaan thtl mengusahakan kedua-dua buah buku ini.

semoga selepas ini akan terbit pula buku-buku dari tulisan dan buah fikiran thtl sendiri.

selamat maju jaya.

ayus said...

tahniah.. harap2 senang la nak dapat beli buku ni

THTL said...

betul tu jaymall,
mula-mula kita berkarya dgn cetak rompak idea orang dulu..hehehe

lepas tu baru mampu berkarya dgn idea kita sendiri...

THTL said...

ayus,

buku Pustaka Azhar mmg senang nak cari . kemungkinan buku terbitan Darul hadis tu kena beli Online kot...

atau order dgn saya, bila saya dah balik Malaysia nanti,(dijangka sebelum puasa atau awal puasa)

spokett said...

mungkin lambat lg, tapi klu dgn izin Allah swt, terbitnya buku thtl kompilasi tabir mimpi di internet tu nanti, mmg bley jadi best seller punyer, meletup gitu.. tgk je la hit kat topic tabir mimpi kat AFN dulu hehehe.. --sunyi

THTL said...

spokett,
kalau orang ramai minat dgn buku2 jenis camtu, maka dalam masa cuti 2 bulan saya akan siapkan kompilasi ta`bir mimpi internet tu...