Friday, June 22, 2012

Hijrah ke KSA 35: Ribut debu dan hujan lebat di Jizan

Jazan city, 1 Sya'ban//21 Jun

Petang ini lagi sekali Jizan di landa ribut debu (dust storm) selepas Asar. Ia berterusan sampai Maghrib. Ketika saya sedang solat Maghrib di surau di tepi Hotel Sahari, hujan lebat pula melanda Jizan dengan petir dan kilat sekali.

hujan lebat melanda Jizan
 Inilah hujan yang pertama kali turun sejak saya tiba di Jizan April lalu..hujan rahmat. Namun, oleh kerana Jazan tidak ada sistem perparitan dan longkang, maka air dan lumpur hitam di mana-mana.

Keadaan di sekitar  hotel air di mana-mana
Lobi hotel dilanda debu dan selut dan pekerja-pekerja hotel bertungkus lumus membersihkannya hingga waktu Isya'.

No comments: