Friday, June 15, 2012

Hijrah ke KSA 33: kepulangan Famili Dr Asmah

 famili Dr Asmah dan Ghifari serta putri mereka, Hanum
Akhirnya, saya terpaksa meninggalkan apartment Abdullah Tobeigi Masna' al-Thalj kerana Dr Asmah yang saya tumpangi pulang ke Malaysia hari ini. Satu bulan setengah saya menyewa bilik dari beliau di apartment ini termasuk makan minum yang beliau sediakan. Saya amat terhutang budi kepada family Ghifari dan Dr Asmah di atas budi baiknya menempatkan saya di apartment beliau. Telatah anak tunggalnya Hanum juga amat menggamit hati saya. Comel, petah dan manja budaknya. Dr Asmah adalah pensyarah Asasi UM yang membuat sabbatical leave  setahun di Jazan dan hari ini tamatlah kontrak sabbatical beliau dengan JU (Jazan university).  Ghifari, suami beliau merupakan kelahiran Trinidad  & Tobago, beliau amat popular dengan penduduk di kawasan apartment ni kerana sifat peramahnya. Kebanyakan jiran di apartment ini turut serta mengucapkan selamat tinggal kepada famili Dr Asmah. Penerbangan beliau menggunakan laluan Jizan-Jeddah-Riyadh-KLIA dengan pesawat Saudia. Bon Voyage/ma'a Salaama . Yang pasti saya mendapat satu lagi family yang dapat dijadikan sahabat.

Sedang memunggah bagasi ke dalam teksi
Sementara menunggu tarikh kepulangan saya ke Malaysia, saya telah berpindah pula ke sebuah hotel budget, Fondok Sahari (فىدوق صحاري). Susah nak dapat motel ni kerana bilikya selalu penuh, namun drebar khas saya, Saeed Khan Akbar Khan dari Pakistan, berjaya mendapatkannya utk saya. Saya kasi tip SR50 atas usahanya.

Motel Sahari dari luar
Motel ni OK walaupun dah dimamah usia, saya suka sebab ia terletak di tengah-tengah bandaraya Jazan, dekat dengan banyak restoren dan bersebelahan dengan surau. Jadi makan minum dan ibadah saya sudah semakin terjaga.

Pintu Masuk Motel
Kemudahan yang disediakan ialah bilik air, aircond, TV satelit 1500 channels  tapi tak ada internet. Channel yg saya paling suka tengok ialah Channel Zakir Naik, Peace TV. Saya kemudian mendapatkan Mobile Broadband prepaid saudi dari syarikat Mobily untuk kemudahan internet..

No comments: