Monday, May 31, 2010

Travelog Da`iy 3: Kelab UMNO Kazoo



Dari Kazoo airport, aku dibawa ke Redwood apartment (foto di atas) yang menempatkan ahli kelab UMNO Kazoo. Kelab UMNO Kazoo adalah antara kelab UMNO yg paling kuat di USA kerana bandar Kazoo menempatkan lebih kurang 400 org pelajar Melayu ketika itu...Redwood apartment ada tiga bilik dan ianya fully furnished atau dilengkapi kelengkapan penuh (sofa,katil, tilam, washer, pengering pakaian (dryer), peralatan dapur lengkap dgn peti ice dan oven...termasuk dishwasher). Kebanyakan rumah atau apartment sewa di US, saya difahamkan adalah fully-furnished..maksudnya, anda tidak perlu membeli apa-apa keperluan rumah, semua disediakan oleh landlord (pemilik hartanah). Sewanya dalam sekitar USD600.

Aku langsung tidak menyangka semua urusan tsb dilakukan oleh kelab UMNO Kazoo. Bila aku tiba di apartment Redwood, mereka menyambut mesra, ada pelajar lama dan baru...aku amat puas hati dgn saiz dan kemasan apartment tsb...setelah mandi-manda (setelah agak lama juga tidak mandi), aku dihidangkan nasi, kari ayam dan sayur, sambal belacan dan ikan kering serta buah-buahan segar (epal dan anggur)...setelah perjalanan yg begitu jauh merentasi benua dan lautan, aku amat bersyukur kerana akhirnya aku menemui nasi, kari dan sambal belacan...aku ditempatkan sebilik dgn seorang pelajar jurusan muzik, dia agak lebih tua dariku. Pada malam tsb kami berkenal-kenalan...ada 6 orang semuanya. Aku diterangkan bagaimana pembahagian kos sara hidup yg bakal ditanggung bersama, sewa apartment, letrik dan air serta bil telefon. Aku setuju je kerana tidak ada pilihan...tapi jauh disudut hati, aku dapat merasakan, kemungkinan besar aku tidak dapat ngam dengan penghuni apartment ni kerana depa nampak tidak membawa fikrah islami sangat, ada yg menghisap rokok dan tidak menjaga ibadat khusus spt solat...Dalam hatiku, aku kesal kerana tidak sempat menghubungi kenalan2 lama ku di US lantas mereka dapat mengatur penginapanku dengan lebih baik, bersama-sama dgn org yang memiliki manhaj dan fikrah yg serupa...namun, aku bertekad, ini adalah cobaan terhadapku, utk mengukur sejauh mana ilmu dakwah yg aku timba di Malaysia, bak kata guru2ku, ketika memberi amanat-amanat terakhir (sebelum berlepas ke US) bahawa "di mana saja engkau jatuh, engkau adalah benih yg baik, engkau pasti merubah keadaan di sekelilingmu..." aku akan buktikan bahawa harapan dan amanat mereka benar-benar dapat aku lakukan utk merubah persekitaranku atau "bi'ah"...TBC Berjayaakah aku merubah apartment Redwood?

3 comments:

tiger lane boy said...

semasa era 80-an seperti yang tuan khabarkan, adakah program usrah sudah ada?

Ikmal said...

Salam,

Best cerita ni..ana tak sabar nak tunggu episod seterusnya..hehe


iman_taqwa

THTL said...

faiz,

program usrah sudah rancak sejak era 70'an lagi..80'an tu mmg kemuncak usrah ler...
teks wajib:
1. dr Fathy Yakan, maza ya'ni
2. syed Qutb. haaza diin dan ma'alim fi ttoriq
3. al-Maudoodi, fundamentals of Islaam