Wednesday, May 26, 2010

FAQ ttg Roh

Bersama Syaikhul Islam Ibn Taymiyah al-Harani rh dan muridnya, al-Hafidz Ibn Qayyim al-Jawzia Seputar masalah Roh

FAQ1 Apakah bedza Roh dan Jiwa?
J: Jika roh dan badan masih bersatu dinamakan JIWA; jika ia sudah dicabut, yang keluar itu dinamakan roh, yg tinggal dinamakan mayat atau jasad...(syarh akidah tohawiyah)
Disebut jiwa kerana ia mengatur badan, disebut roh kerana kehalusannya. Maka roh dan jiwa sebenarnya sama (syaikhul Islam IT, majmu' rasail al-munirah)

FAQ 2: Apakah kita dapat mengetahui sifat-sifat Roh?

J: Tidak dapat. Ini kerana roh diciptakan dari bahan yg tidak kita ketahui. Namun Allah SWT menjelaskan roh bisa naik dan turun, mendengar, melihat, berbicara, dikembalikan ke dalam kubur, menerima azab...semuanya dalam bentuk yang berbeda dgn sifat-sifat yang ada pada kita.

FAQ 3: Apa tanggapan kaum Muktazilah terhadap roh?

J: Muktazilah menetapkan roh adalah sebahagian jasad, ia adalah udara atau nafas yg dihembus oleh badan, yang menjadi sebahagian dari badan. Maka bila anak Adam mati, maka roh akan hancur bersama badan, maka tidak ada lagi siksa kubur. Akidah Muktazilah terhadap roh bertentangan dgn pegangan ASWJ. (majmu' rasa'il al-munirah)

FAQ 4: Apa pula tanggapan ahli Falsafah terhadap roh?

J: ahli falsafah menetapkan roh adalah aqal. Akal berdiri sendiri, tetap, kekal sebagaimana awal penciptaannya dan bersifat abadi.

FAQ 5: Bagaimana menolak kefahaman Muktazilah dan Falsafah tsb?

J (Ibn Qayyim): Roh merupakan satu bentuk wujud yang sama sekali berlainan dengan jasad seseorang. Ia adalah wujud nurani yg tinggi, ringan, hidup dan bergerak, mengalir dalam zarah-zarah jasad spt mengalirnya air dalam bunga mawar, minyak dalam buah zaitun (minyak dalam buah kelapa sawit) atau spt api dalam bara.. selama jasad masih hidup, maka ia tetap merasakan keujudan roh yg bergerak dan beringinan. Bila jasad telah punah, maka roh akan berpisah.. (ar-Ruh)

FAQ 6: Apakah dalil-dalil yg menunjukkan Roh berbeda dari Jasad?

J: Terdapat dalil-dalil yg jelas dalam AQ, antaranya:

اللَّهُ يَتَوَفَّى الأنْفُسَ حِينَ مَوْتِهَا وَالَّتِي لَمْ تَمُتْ فِي مَنَامِهَا فَيُمْسِكُ الَّتِي قَضَى عَلَيْهَا الْمَوْتَ وَيُرْسِلُ الأخْرَى إِلَى أَجَلٍ مُسَمًّى إِنَّ فِي ذَلِكَ لآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ (٤٢)

39 (az-Zumar): 42. [Allah (yang Menguasai segala-galanya), ia mengambil dan memisahkan satu-satu jiwa dari badannya, jiwa orang Yang sampai ajalnya semasa matinya, dan jiwa orang Yang tidak mati: Dalam masa tidurnya; kemudian ia menahan jiwa orang Yang ia tetapkan matinya dan melepaskan balik jiwa Yang lain (ke badannya) sehingga sampai ajalnya Yang ditentukan. Sesungguhnya Yang demikian itu mengandungi tanda-tanda Yang membuktikan kekuasaan Allah bagi kaum Yang berfikir (untuk memahaminya).]

No comments: