السلام عليكم
Inilah Kalamazoo, Michigan USA
Aku tiba di USA pada musim luruh (Fall) pertengahan tahun 80′an di bandar Kalamazoo, Michigan. Bandar Kalamazoo dgn penduduk sekitar 70K penduduk adalah sebuah bandar yg cantik, manakala negeri Michigan terkenal dgn negeri automotif, di mana Detroit (ibunegeri Michigan) adalah ibupejabat kpd tiga gergasi automotif US yakni GM, Ford dan Chrysler.
Penerbanganku dgn MAS menggunakan laluan Airport Subang-Manila-LA-Chicago dan dari Chicago aku menaiki pesawat ringan ke lapanganterbang Kalamazoo County. Ini adalah pertama kali aku naik kapalterbang, dan ia menjadi satu kezutan kerana lamanya penerbangan…Laluan Subang-Manila-LA je dah makan masa 13 jam non-stop menggunakan pesawat Jumbo 747. Tiba di LA, aku terpinga-pinga kerana besarnya LA International Airport. Aku melalui peperiksaan kastam dengan mudah, kemudian menaiki pernerbangan dalaman US, iaitu United Airlines…tidak pernah aku melalui saat paling cemas kerana tidak tahu di mana terminal untuk boarding ke Chicago O’hare International. Setelah puas bertanya, barulah aku tahu jumpa terminal ke Chicago…
Dalam penerbangan ke Chicago, aku dapati pramugari2 United Airlines kebanyakan wanita kulit putih yg sudah berusia..Ini berbedza dgn pramugari MAS kita, yang muda belia dan jelita, tapi pramugari mereka wanita2 berusia sahaja…aku kemudian dapat tahu, US mengamalkan akta EEA (equal employment act), di mana setiap kerjaya tidak boleh diskriminasi atas rupaparas, warna kulit dan usia…
Penerbangan LA-Chicago juga amat lama, 8 jam, kerana US adalah sebuah benua….TBC
No comments:
Post a Comment