Thursday, May 27, 2010

Fiqh Perempuan

7 sifat lelaki yang wanita amat tertarik...

1. Wanita tertarik dengan lelaki yang membuatkan dia ketawa..maksudnya lelaki yg ada sense of humour. Bila wanita ketawa, badan wanita menghasilkan "endorphins' (sejenis hormon). Endorphins menghangatkan perasaan dan menjentik emosinya..Endorphin juga bertindak sebagai painkiller semulajadi, ia menguatkan sistem immune wanita...Ketawa juga mengurangkan hormon stress, "cortisol" dan ia merendahkah tekanan darah.
Maka secara tabi`iy, wwanita akan tertarik dengan lelaki yang ceria dan boleh mencetuskan humor yang membuatnya ketawa..berbanding lelaki yg serius, masam dan keras...Maka ketahulah, humor menarik hati wanita...TBC

-[Allan & Barbara Pease, why men want sex & women need love, NY:Broadway, 2009, USA]

Next: apakah Nabi saw ceria dan humor, apa komen Aisyah?
Jawabnya ya..

kisah pertama: Aisyah ra menceritakan bahaa beliau pernah berlumba lari dengan RasuluLlah SAW; ketika di awal perkahwinan, Aisyah menngalahkan Nabi saw dan ketika Aisyah sudah berisi, giliran Nabi pulak yg mengalahkan Aisyah (HR Ahmad, al-Musnad,no 24118, dinilai sahih oleh syaikh Syu`aib al-Arnaouth)
kisah kedua: baginda ceria dgn cucundanya.
Imam al-Hakim (al-Mustadrak, jld 3:170) meriwayatkan ketika cucunda baginda al-Hasan dan al-Husin mengendarai belakang RasuluLlah saw, para sahabat melewati dan melontarkan komentar:" wadus,anak-anak, apa yg kalian tunggangi itu adalah sebaik-baik tunggangan". Sabda Nabi dgn selamba," Iya, bahkan mereka berdua adalah sebaik-baik penunggang!"
kisah ketiga: Aisyah ra menceritakan ketika Nabi saw bersamanya, datanglah Saudah bte Zum`ah (madu baginda), lalu Aisyah menghidangkan sejenis kuih, tapi Saudah berkata, dia tak gemar kuih tsb. Aisyah pun berseloroh, "kalau kamu tak mahu makan, maka saya akan lumurkan ke wajah kamu." Jawab Saudah," mmg benar, saya tak suka kuih ni". Maka Aisyah melumuran kuih tsb ke wajah Saudah. Nabi segera masuk dicelah mereka berdua utk melindungi Saudah, di waktu yg sama, Saudah sempat mengambil sedikit kuih dan melumurkan ke muka Aisyah pulak dan baginda tertawa...al-Haithami kata dalam al-Majma`, hadith ni hasan.

Bukti Nabi seorang humoris ialah Imam Abi Isa at-Termidzi, meletakkan dua bab dalam syamailnya:
bab ما جاء في ضحك (cara Tertawa Rasulullah)
bab ما جاء في صفة مزاح (sifat humor baginda)
Maka dapatkan kitab Syamail utk mendapatkan gambaran lebih jelas bahawa Nabi sebenarnya seorang yg humor dan ceria.

1 comment:

tiger lane boy said...

saya tertarik dengan post tuan tentang fiqh perempuan. saya tidak pernah mendengar tentang kisah yang ini. sy juga seorang yang selalu menyinggah di AAN. Di situ saya tertarik pada jawab husam musa kepada kickdefella. terima kasih saya ucapkan.