Saturday, May 29, 2010

Siri Kuliah IRF: Rashid Ridha dan Hadith

28 May 2010

Atas jemputan Presiden Barisan Pembaharuan Islam (IRF), aku bergegas ke mesjid wilayah, Jln duta, hujan renyai-renyai...aku tiba waktu Maghrib dan solat sudahpun bermula, tp Imam masih di raka`at pertama lagi, setelah parking di pintu B, aku masuk saff bersebelahan Hj Kamin, org kuat AAN, di saff hadapan ialah Dr Farouq Musa, dan Ust Lan aka Ali Tantawi...sebaik saja salam, Hj Kamin dan Ust Lan agak terkezoot melihat thtl terpacak di mesjid wilayah! kohkoh

selepas solat aku bertemu, COO AFN dgn SLR-Canonnya di dada, juga Doc abulharith...kami kemudian bergegas ke Duta Nusantara di Sri Hartamas, kediaman jutawan KL...kami melepasi kawalan sekuriti yg agak ketat dan kemudian menuju bilik khas di Kelab Duta...Isu utama, kes persaraan thtl dari afn, apa lagi...

Di sana aku ketemui ust zikie , panel Ekonomi yg sudah lama menghilng dr persada afn (rupanya bersara dalam protes), rupa-rupanya beliau adalah pengerusi Kuliah pd malam tsb...kehadiran dalam sekitar 25 org (3 wanita), kebanyakannya merupakan ahli usrah Dr Farouq dan rakan2 Doc abulharith dari cyberjaya.

Majlis dimulakan oleh Ust Zikie yg memperkenalkan biografi ringkas allamah sayyid Rashid Ridha, tokoh reformis dari Mesir yg wafat tahun 1935, pengarang majalah al-Manar yg terkenal itu...

Kemudian majlis diserahkan kepada Ust Lan ali Tantawi yg menyampaikan uloom hadith di sisi allamah syed Ridha, pendapat beliau ttg hadith dan menjawab tuduhan2 terhadap beliau seputar uloom hadith...

Isi-isi penting:

1. allamah aal-muhaddith al-Albani antara peminat syaikh Ridha dan telah mendalami majalah al-Manar
2. RR (rashid ridha) mendapat pendidikan di Lebanon (tanah kelahirannya) dalam bidang agama secara tradisional dan moden
3. RR mula terkesan dgn tiupan angin pembaharuan setelah membaca majalah "al-urwatul wuthqaa" yg diterbitkan oleh syaikh Jamaludin al-afghani dan Muhd Abduh yg berada dalam simpanan ayahandanya.
4. Manhaj afghani lebih kpd falsafah, abduh lebih kpd pelaksanaan syari`ah, manakala rashid ridha lebih kemas kerana ia lebih cermat dan terikat dgn nas...

Berbalik kpd isu hadith:

1. Tuduhan RR menolak hadith Ahad

Ust Lan: pembahagian Mutawatir-ahad tidak ujud di zaman salaful hadith. Ia ccuma diada-adakan oleh kaum Muktaziah utk meremehkan syari`at dan diperkuat oleh ilmu kalam utk mengadakan sesuatu yg baru. Oleh kerana istilah hadith mutawatir-ahad ni sudah popular, maka ulama'2 hadith terpaksa mendokumen dan membakukan istilah tsb.
Maka RR telah menerima pembahagian hadith ini sbg fakta dan sesuatu yg baku dalam uloom hadith. Ini satu kesilapan beliau yg tidak disengajakan.

2. Kekeliruan seputar Tadwin hadith (penulisan dan pembukuan hadith)
allamah RR telah keliru dgn menetapkan pada mulanya Nabi saw perintah agar sahabat boleh menulis hadith, tapi sebelum wafat Nabi larang pula. Adapun fakta yang benar, asalnya Nabi larang, tapi akhirnya Nabi suruh atau membenarkan. Kenapa di larang ialah pada tahap awal, Nabi mahu sahabat2 fokus kpd AQ utk memantapkan mereka. Bila kekhuatiran itu sudah hilang, maka Nabi beri keizinan kpd beberapa sahabat menulisnya. Isu ni dijelaskan dgn detail oleh Prof Dr A A Azami dlm tesisnya (terbitan Pustaka Firdaus, Indo), dan Dr as-Siba`iy (as-Sunnah, makanatuha) terj: Jahabersa, 1997)

3. RR menolk hadith Nabi saw disihir...

J: Tidak benar, yg menolak 100% ialah gurunya syaikh Abduh. RR bukan menolak tapi menerimanya sbg hadith sahih tapi beliau mengkritiknya supaya masyarakat memahami hadith sihir dgn cara yg betul.

Rumusan:
siapa yg nak kritik RR dan juga mana-mana ulama', hendaklah melihat tulisan asalnya, jgn bergantung kpd sumber sekunder..juga fakta yg penting, bahawa banyak fatwa beliau yg RR tarik balik sebelum wafatnya pada tahun 1935.

Tambahan Dr Farouq

1. Mengenai penolakan hadith Nabi saw disihir, yg menariknya allamah ustaz Sayyid Qutb juga menolak hadith tsb dalam tafsir Fi Dzilalnya..alasannya, ia menyalahi nas AQ bahawa Allah menjaga Nabi saw dan wahyu
2. Hadith2 seputar Mahdi ditolak oleh allamah Ibn Khaldoon dalam muqaddimah kerana ia membawa akidah Fatalisma (menunggu dan berserah);

Sesi Soaljawab:
S 1. Apakah Muhammad Asad (Leopold Weis) terpengaruh dgn gagasan reformasi Muhammad Abduh dan Rashid Ridha..
J (Dr Farouq): Benar, tapi beliau tidak sempat bertemu dgn keduanya, cuma dia sempat berguru dgn syaikh Mustafa al-Maraaghi, rektor al-Azhar. Ketika Leopold Weis tiba di Mesir, dia berjalan dalam kampus Azhar bersama syaikh al-Maraghi, ketika mereka melewati usrah2 atau halaqat2 ilmu di azhar, syaikh maraghi berkata kpd Leopold, "kamu lihat study circle itu?" "mereka bagaikaan lembu-lembu, mereka makan rumput yg disediakan, dan mengeluarkannya balik sbg najis lembu, tidak ada apa yg berkesan pada akal-akal mereka." Maksudnya al-maraghi mengkritik metod pengajian tradisi Islam,hafal tanpa mengerti apa-apa...(dalam bidalan kita, laksana gajaah yg menelan durian)
S2: apakah benar Asad mengkritik hijab wanita islam?
J: Asad mengkritik Islam memiliki pakaian tertentu, yg sinonim dgn bangsa arab, sedangkan Islam, agama global tidak menetapkan fesyen dan uniform...Dr Farouq menceritakan bahawa dalam hidupnya, dia pernah menyertai hampir kesemua gerakan Islam kecuali satu je...Darul Arqam. kenapa?
sebab aku tak dapat terima uniformnya....tidak mungkin agama agung ni menetapkan satu bentuk uniform kepada pemeluknya...

soalan mengenai krisis antara salafi yg dibawa oleh gagasan abduh-ridha-hasan al-banna versus salafi yg dibawa gagasan saudi/hijaz tak dapat disiarkan kerana ada unsur sensitiviti...

Majlis bersurai jam 10:30, kami beredar ke warung mamak Sri Hartamas, Safi3 utk pekena teh tarik, nan cheese dan tandoori hingga jam 1:00 pagi. syukran Doc Farouq kerana settle the damages and be an excellent host...

No comments: