Wednesday, May 26, 2010

Travelog Da`iy 2: Kalamazoo

Di O'Hare International Chicago, lagi sekali aku panik kerana masyaAllah airport Chicago punyala besar, berganda dari KLIA kita sekaraang, mundar mandir aku kesaorangan mencari terminal berlepas untuk ke Kalamazoo (nama singkatannya, Kazoo). Aku hampir ketinggalan kapalterbang kerana sesat dalam airport, maklumlah budak kampung dan cakap slang USA pun belum dapat lagi. Ke Kazoo hanyalah sebuah kapalterbang Fokker twin Otter (spt yg Firefly gunakan sekarang). Dari O'Hare International, Chicago ke Kazoo mengambil masa 3 jam. Tubuhku begitu letih, mengantuk kerana perjalanan yg begitu jauh..namun aku kuatkan semangat....Di atas kapalterbang barulah aku lihat ada lebih kurang 10 orang pelajar yg nampak macam Melayu, namun aku tidak sempat berkenalan kerana seating yang tidak sama. Maka aku rasa bersyukur kerana bila tiba di lapangan terbang Kazoo nanti, aku tidak akan kesaorangan, gitulah yg bermain dalam benakku...aku sempat melontarkan senyuman kpd mereka dari jauh, dan mereka membalas senyuman dan melambai tangan, petanda, "aku melayulaa, 1Malaysia". aku merasa lega sekali...

Penerbanganku ke US sebenarnya berlaku secara "last-minute" atau urusan sa'at-sa'at akhir kerana penaja memaklumkan secara mengejut. Maka aku tidak sempat menghubungi mana-mana ikhwah pelajar Malaysia yang sudah lama di US untuk mendapat panduan dan tips..aku tiba di US sepenuhnya berserah kpd Allah SWT..namun setakat ni semuanya berjalan lancar...

Tiba di airport Kazoo, ia sebuah airport County (kampung) seperti airport Tawau, Sandakan, untuk pesawat ringan sahaja...sebaik sahaja aku mngambil bagasi, aku tiba di balai ketibaan...maka aku diserbu oleh beberapa kumpulan pelajar Malaysia yg menawarkan tempat penginapan bersama mereka...aku amatlah seronok, macam mati hidup kembali dan merasa sungguh bersyukur kerana tidak menjangka akan disambut begitu rupa...Rupa-rupanya (aku dapat tahu kemudian), persatuan pelajar di Kazoo mmg berebut utk mengambil pelajar2 yg baru tiba dan aku ketahui kemudiannya ada tiga kumpulan pelajar yg cuba berebut pelajar baru iaitu Kelab UMNO Kazoo, MISG, dan Jama'aat Tabligh...Oleh kerana aku tidak mengenali mereka, aku telah dijadikan pelajar angkat oleh Kelab UMNO Kalamazoo!!! Aku mengikuti mereka dan di bawa ke sebuah kereta dan di bawa ke bandar Kazoo sejauh 40 minit...


episod ke 3: Tinggal bersama ahli Kelab UMNO Kazoo...

3 comments:

alias said...

jgn sensor apa2..hehe

THTL said...

Drama ni based on true story, rating "U" je bukan 18SX

alias said...

maksud sy, apa yg tuan pernah sebut2 kat afn - persekitaran islamik aka tanzim or haraki(?)

...ingin nak tahu jg