Wednesday, April 3, 2013

Travelog KSA 60: Rehlah Umrah 3

Pagi Jumaat 22 Mac, 2013
Jam 7:30 pagi barulah kami selesai tawaf tujuh pusingan, bermula jam 4:30 pagi, break solat subuh dan menyambungnya semula, disudahi dengan solat sunat dua rakaat di belakang Maqam Ibrahim. Seterusnya ialah acara sunat meminum air zam-zam, tapi lokasi asal air zam-zam sudah tiada kerana kawasan tsb dalam proses menaik taraf dataran Mataf di bahagian Sa'iy. Kami mencari di mana lokasi baru air zam2, rupa-rupanya ia dipindahkan ke terowong baru menuju kawasan Sa'iy. Kami minum dan segera bergerak untuk bersa'iy.
Laluan sa'iy ground floor sahaja yg boleh digunakan
Kejutan ketiga ialah lorongan sa'iy penuh sesak dengan orang ramai dan saya tak pernah lihat ia begini sesak, menyamai dgn musim haji, Ini kerana laluan sa'iy di tingkat 1 dan bumbung telah dtutup buat sementara waktu kerana bahagian tersebut sedang dalam proses pembesaran mesjidil Haram. Kami mendapat kesukaran untuk bersa'iy khususnya di tempat permulaan di Safa dan di pusingan U-turn di Marwa. Inilah ujian dan La Tahzan, kami teruskan dengan sa'iy dan jam 8:30 ia tamat. Rukun terakhir umrah ialah bergunting atau bercukur. Kami keluar semula melalui pintu King Abd Aziz, kami di pelawa oleh seorang warga Bangla atau India untuk bergunting di tempatnya, maka saya dan Asim pun mengikutinya, kami ingatkan akan bergunting dalam kedai biasa atau warung, rupanya ia membawa saya masuk dalam Zam-zam tower...maka saya kata kpd Asim, abis kita brother, ini tempat gunting first class...memang betul, kami dikenakan caj SAR20.00. Biasanya sebelum ni saya datang Mekah sejak haji dulu tahun 2007, ia cuma SAR 10.00 sahaja (maksima)..maka ia sudah naik sekali ganda. Nak wat camna, redha ajelaa..nampaknya segala servis di Mekah sudah menjadi luxury service.. Maka merdekalah saya dari ihram dan tamatlah umrah, alhamdulillah, syukur, kalau nak datang dari Malaysia, mahu RM 5-6 ribu kata hati kecilku...maka ini adalah antara nikmat bekerja di Saudi Arabia dapat kerap mengerjakan umrah dgn kos yang amat minimum.
TBC: saya amat keletihan, kelaparan dan rasa kantuk yg amat sangat kerana sepanjang malam tidak tidur dengan sempurna kerana musafir dari Jizan dan ketibaan lewat ke Mekah..maka langkah seterusnya ialah mendapat kunci apartmen yg ditempat dari Jizan...

No comments: