Friday, April 19, 2013

Travelog KSA 64: Corat-Coret KSA 3: Kerjaya di IPT Saudi

Jazan City, KSA
Peluang kerjaya yang amat besar di KSA ialah dalam bidang IPT (institut Pengajian tinggi), di mana KSA mempunyai 26 IPTA dan 5 IPTS (swasta). Kebanyakan tenaga pengajar ialah pensyarah impot dan majoriti  dari India dan Egypt. Sesiapa yang ingin pencen awal di Malaysia dan kemudian meneruskan mengajar di KSA disamping dapat mengerjakan umrah dan haji tanpa had. Anda boleh datang bekerja di Saudi jika berusia kurang dari 60 tahun tapi untuk professor, sampai 65 tahun bergantung kepada sijil kesihatan anda nanti.
Bajet KSA 2013,  SR 204 adalah untuk Pendidikan

Dengan bajet SAR 200 bilion setahun (RM167B) untuk pendidikan, maka ia menyediakan peluang kerjaya yg amat luas. Namun, kelayakan yang diperlukan ialah phD atau Masters dengan pengalaman melebihi 10 tahun mengajar di IPT Malaysia. IPT Saudi mengutamakan mereka yg memiliki sijil-sijil dari USA dan UK; kemudian dari Australia atau Eropah dan seterusnya dari Malaysia, Singapore dan selepas itu dari Egypt dan India. Bidang pengajian ialah dalam semua bidang selain fakulti agama (hadis, fiqh, ulum Qur'an, syariah). Lokasi yang ideal untuk mengajar di KSA ialah Jeddah, kerana ia hampir dengan Mekkah al-Mukaramah, tapi di mana saja pun boleh asalkan ia mempunya lapangan terbang dan ada sedikit komuniti Melayu. Komuniti Melayu kebanyakan tertumpu di Jeddah, Riyadh, Dammam, Madinah, Yanbu dan Mekkah. Ini bertujuan supaya kita ada kehidupan bersosial selepas waktu bekerja. Cara memohon kerja di IPTA Saudi ialah melalui websites setiap Universiti KSA, atau melalui agensi pekerjaan Timur Tengah di Malaysia dan kontek dengan rakan-rakan kita yang sudah bekerja di situ.
Saya bertuah kerana memiliki seorang sahabat lama yang sudah bekerja di Jazan University (JU) dalam setahun lalu, maka beliau menguruskan proses permohonan dengan memberi e-mail Dekan beliau dan proses temuduga juga agak mudah, iaitu samada datang ke KSA, di mana semua tiket disediakan atau melalui Skype. Saya hanya ditemuduga melalui Skype dan jawapan samada kita berjaya atau tidak diberitahu secara terus. Temuduga dalam bahasa Inggeris. Segala urusan surat tawaran dan proses mendapatkan  visa dihantar melalui e-mail. Tapi proses untuk datang mendaftar di KSA agak rumit. Ia memakan masa yg agak lama (seputar 3 bulan) dan saya akan ceritakan kenapa..TBC

No comments: