Sunday, April 7, 2013

La Tahzan 186: Hindari Dosa, أسرارٌ في الذنوبِ .. ولكنْ لا تذنبْ


Rahsia Disebalik Dosa, Namun Hendaklah hindari Dosa,
أسرارٌ في الذنوبِ .. ولكنْ لا تذنبْ  
ذكر بعضُ أهلِ العلمِ : أنَّ الذنب كالختْمَ على العبد ، ومنْ أسرارها بعد التوبةِ : قصْمُ ظهر العُجْبِ ، وكثرةُ الاستغفارِ والتوبةُ والإنابةُ والتَّوجُّهُ والانكسارُ والندامة ، ووقوع القضاءِ والقدرِ ، والتَّسليمُ بعبوديَّةِ مُقابلةِ القضاءِ والقدرِ
Terj: Sebahagian ahli ilmu bahawa seseorang tidak terlepas dari melakukan dosa. Antara rahsia-rahsia (yg diperolehi) oleh orang yang berdosa selepas dia bertaubat ialah:
  • hilangnya sifat 'Ujub (tinggi diri/ego), 
  • dia akan banyak beristighfar (minta ampunan Allah), 
  • taubat nasuha
  • kembali kepada Allah
  • berusaha keras agar tidak mengulangi dosa
  • menyesali atas dosa yang dilakukannya
  • memahami adanya qadha' dan qadar
  • menerima ketentuan Allah dengan lapang dada
Nota: Itulah antara rahsia yang ada disebalik dosa, jika anda segera kembali taubat dan insaf.
ومنها : تحقُّقُ أسماءِ اللهِ الحسنى وصفاتِه العُلى مثلِ : الرحيمِ والغفورِ والتَّوّابِ
terj: (Orang yg berdosa) juga akan lebih merasai akan kemanisan  nama-nama Allah yang terbaik (Asmaa'ul Husna), antaranya: ar-Rahiim (Maha Penyayang), al-Ghafuur (Maha Pengampun) dan at-Tawwab (Maha Penerima Taubat)
Rumusan: Dua rahsia besar disebalik anda melakukan dosa ialah dosa akan menjadikan anda manusia yang lebih positif dengan Tuhan (selepas anda taubat) dan dosa akan menjadikan Asma'ul Husna lebih bermakna kepada anda.
La Tahzan, ada rahsia di sebalik kesedihan anda melakukan dosa.

No comments: