Thursday, September 20, 2012

Hijrah KSA 40: Resort al-Jory buat kali Kedua

Tiba di Jazan pada 15  September 2012. Pemergianku kali kedua ke Saudi tidaklah sesedih pemergianku yg pertama. Familiku di airport kelihatan gembira dan relaks melepaskan ku kali ini, tiada sesiapa pun dari mereka yg menitiskan air mata. Mungkin saya cuti agak lama bersama mereka di subang jaya selama 2 bulan lebih, di mana saya sempat berpuasa dan beraya di samping mereka.
Saya di jemput di King Abdullah Airport Jazan oleh Bro Anwar Takrawi yg berasal dari Jordan dgn kereta Hyundai Sonatanya. Saya ingatkan akan terus ke hotel, tapi dia cakap akan tidur di apartmentnya. Anwar kerja sebagai webmaster di Univ. Jazan dan saya berkongsi ofis dengannya. Dia sama kes dgn saya, mempunyai anak dan isteri tapi semuanya di tinggalkan di Jordan. Tinggal bersama beliau ialah Dr Rashid, phD (Fizik) Canada yang berasal dari Maghribi. Dr Rashid juga sama kes, dia mempunyai dua anak dan familinya ditinggalkan di Maghribi. Kebanyakan expatriate (rupanya baru saya tahu kebanyakan tenagakerja warga non-saudi di Jizan tidak membawa famili kerana keadaan Jizan yg panas dan  tidak sehebat Jeddah, Riyadh atau Dammam). Apartment beliau dua bilik, kira2 10 minit dari airport. Saya tidur di ruang tamu dan seluruh apartment tsb adalah berhawa dingin.
Selama 4 malam saya tidur di apartment beliau kerana surat kelulusan hotel saya belum diluluskan oleh pentadbiran universiti. Saya memohon untuk menginap di Hotel Resort al-Jory milik jazan University, di pinggir laut Merah.
Cuma nak cerita, sepanjang 4 malam bersama warga arab, suatu pengalaman yg menyoronokkan, di mana saya dibawa oleh mereka bertemu dgn lebih ramai warga arab di sekitar Jazan. Mereka pun rasa seronok dapat cerita2 tentang Malaysia. Rata2 pak arab yg saya temui tidak tahu pasal negara kita. Empat hari saya makan bersama mereka dan dalam empat hari itu saya langsung tidak menjamah nasi, sebab menu mereka dalam empat hari semuanya roti arab. Saya tanya, bila kalian makan nasi? Depa jawab, kami makan nasi sekali sekala je. Tapi yang ajaibnya, saya tidaklah rasa kelaparan sangat walaupun empat hari tak makan nasi, tapi jauh di lubuk hati, saya amat rindukan nasi dan lauk pauk ala Malaysia.
Pada hari ke lima, Rabu malam, (19 Sept) saya akhirnya pindah ke Resort Jory. yang seronoknya, pada malam itu, empat arab menghantar saya ke resort, Anwar Takrawi, Dr Rashid dr Maghribi, Dr Hameed juga dari Maghribi dan Dr Ahmad dari Tunisia. Saya bersyukur kerana akhirnya saya sudah dapat menembusi masuk ke dalam kelompok arab dan mengenali budaya dan membina jambatan persahabatan dgn mereka.
Sudah menunggu di sana ialah kawan lama saya yg baru pulih dari uzur, Dr Syed A dan isterinya yang juga menginap di al-Jory resort hotel. Kamilah tiga warga Malaysia yang mengibarkan jalur gemilang di Jizan. Ini kerana dua lagi keluarga Melayu, Dr Asmah dan Dr Naz tidak menyambung kontrak satu tahun mereka. Saya tidak tahu berapa lama akan menginap di hotel ini kerana sedang menunggu pihak university mencari apartment yg sesuai

4 comments:

yat said...

baut haji tak sheikh? jgn lepas peluang...

yat said...

apa pasal tarak sambung?

THTL said...

saya tak buat haji sebab saudi arabia cuti panjang tiga minggu, saya pilih balik Malaysia, lagipun family saya harap sangat saya balik...

deefadhilah said...

Assalamualaikum tuan haji....sebelum saya bermukim di dammam, blog tuan haji la saya jadikan rujukan dan panduan....Alhamdulillah...kami di dammam pun bertiga bekerja di universiti of dammam. Banyak pengajaran dan ilmu yang saya dapat dari blog ini... Semoga tuan haji sentiasa di bawah lindungan allah swt....

fadhilah omar
khabar dari timur saudi