Wednesday, February 22, 2012

Travelog USA 45: Ramadhan terakhir di Kalamazoo 02

Kad Raya Buatan sendiri

Inilah rupa kad Raya buatan sendiri yang di hantar kepada tunang di Malaysia (Kelantan). Ralat:
Western Michigan University dalam bahasa Arab ialah ( جامعة ميشيغان الغربية )  atau jaami`ah misyiighaan al-Gharbiyah, tapi dalam kad aku tulis Jaami`ah western mishiighan..satu kesalahan di situ.
Dalamnya ada hadith Abu Daud:
إن الله قد أبدلكم بهما خيرا منهما يوم الأضحى ويوم الفطر 
الراوي:أنس بن مالك المحدث:أبو داود - المصدر:سنن أبي داود- الصفحة أو الرقم:1134
خلاصة حكم المحدث:سكت عنه terj: "Sesungguhnya Allah telah menggantikan untuk kamu yang lebih baik daripada dua hari (perayaan jahiliyah) yakni Hari Raya Korban dan Hari Raya Fitrah" HR Abu Daud, no.1134, dinilai sahih oleh al-Albani.
Kemudian disisipkan sajak Raya oleh Mursyid IM Malaysia:
Allahu Akbar
  Allahu Akbar
    Allahu Akbar
waliLlahil Hamd
Marilah sama-sama kita menyambut Hari Raya Idil Fitri 
yang penuh bererti dan bersejarah
yang berbeza dari masyarakat merayakan Hari Raya
Marilah sama-sama kita isikan hidup kita yang sementara
dengan bekalan takwa
Takwa adalah sebaik-baik bekalan.
Marilah kita bersyukur kepada Allah
kerana dapat menyempurnakan puasa Ramadhan
Marilah kita menyukuri nikmatnya 
kerana kita berada di atas jalan dakwah
marilah kita bersaudara fillah waliLlah 
marilah kita tetap tegak
di atas jalan dakwah tanpa mundur...

Kemudian luahan perasaan hatiku:
Marilah kita bersyukur kerana kita dapat melalui madrasah Ramadhan,
mengumpul bekalan-belakan
mudah-mudahan diterima Tuhan..

Inilah kad pengganti diri
meneguhkan jambatan ukhuwwah
mahabbah lillah walillah...
Sesungguhnya dengan laungan takbir di Kelantan dan di Kalamazoo
ia naik untuk Tuhan yang satu

Allahu Rabbana
Marilah di pagi syawal
kita memuji, memuja, dan bertakbir dengan rasa gah
lantaran limpahan Hidayah-Nya kepada kita
Mudah-mudaan ia akan berkekalan
sehingga kita kembali kepada-Nya jua..
 Allahu Akbar Allahu Akbar, waliLlahil Hamd.
[Kad Raya buatan sendiri ini disimpan kerana ia sebuah hasil seniku yg unik, buatan tangan, tanpa bantuan teknologi, masa tu aku sedang belajar penulisan khat Kufik dengan bro arab Iraq]

Perkembangan semasa hubunganku dengan Ukhti A:
Aku masih belum bersedia menghantar rombongan peminangan kerana masih terlalu awal. Maklumat awal dari A, keluarganya nampak positif dengan pilihan anaknya, tapi mereka mahu melihatku secara fizikal. Ini bermakna aku dikehendaki juga balik ke Malaysia. aku juga sudah maklumkan kepada keluargaku supaya mereka merisik khabar sedikit sebanyak mengenai latarbelakang ibubapanya dan nasabnya.  Aku sudah membayangkan, harapanku utk berkahwin di US semakin tipis. Ukhti A juga masih gagal mendapat sebarang biasiswa untuk menyambung kembali pengajiannya di US. Ini juga amat merisaukan aku.

2 comments:

al Baghani said...

Wah! Next episode cepat skit

THTL said...

slow n steadylaa brother, bukan senang nak perah otak, nak recall balik..nota dan diary semua dah hilang...lagipun ini akan jadi Novel karangkraf