Tuesday, February 21, 2012

Travelog USA 44: Ramadhan terakhir di Kalamazoo 01

berbuka dengan nasi arab, chicken kabshah
Ramadhan jatuh pada penghujung Mei, suhu yg masih nyaman dan puasa yang tidak memeritkan berbanding dengan puasa dalam kemuncak musim panas, antara Jun dan Julai. Ini adalah Ramadhan  keduaku di USA dan Ramadhan kali ni agak special kerana aku telah menjadi salah seorang Imam dan Khatib Kalamazoo Islamic Center (KIC). Imam tarawih diserahkan kepada pelajar-pelajar dari Arab kerana kebanyakan mereka adalah hafiz dan bacaan mereka ala-ala di mesjidil Haram.
Makanan berbuka
Kami para ikhwan dan MISG brothers berbuka di KIC kerana makanan ditaja sepenuhnya oleh KIC dengan menu arab atau India yang memang lazat. Yang menarik ialah kami dapat berbuka dengan buah kurma yang fresh yang diterbangkan dari California, antara pengeluar korma terbesar dunia. Ia warna kuning langsat dan terasa kelat sikit. Cuma yang kurang sunnah ialah budaya arab ni mereka makan terlalu banyak, khususnya kambing.
Korma pinang masak dari California
Tarawih dilakukan dalam 8 rakaat + 3 witir, bacaannya panjang dan menyamai 20 rakaat juga; waktu rehat selepas 4 rakaat agak panjang dan kopi arab di hidangkan menggunakan peralatan tradisi arab saudi, kadang-kadang aku berikan tazkirah selama 10 minit mengenai fiqh puasa:
Hidangan kopi arab ketika tarawih
Bila semakin hampir dengan raya, aku begitu teruja dan teringatkan si dia dan keluarga di kampung halaman...

No comments: