Wednesday, February 1, 2012

Radd isu asal perkahwinan adalah berbilang isteri (7) uslub aku hambaNya

 Nampaknya ana kena menggempur pemikiran yg bercelaru di jiran sebelah....

ada seorang wanita syabab 2.0 dgn nick (aku hamba-Nya)  mengeluarkan satu uslub yg agak radikal..jom kita lihat uslubnya:
clear cut dalam al-Quran, nikahlah dua, tiga, empat. Jika tak mampu, satu. Walaupun yang tak mampu tu meliputi 90% populasi lelaki kat dunia ni, dan yang mampu tu hanya 10%, ayat ni clear cut, disuruh nikah dua atau tiga atau empat.
Radd:
Ini pemikiran yang menyeleweng. Mana ada clear dalam AQ suruh kawin banyak bini. Yang clear cut ialah AQ dan sunnah suruh KAWIN.
Dalil:
AQS an-Nuur: 32 [Dan kawinkanlah orang-orang yang bujangan diantara kamu, dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahu]
Tapi hawa nafsu mereka masih menggunakan ayat 4:3 [Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yang yatim (bilamana kamu mengawininya), maka kawinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi : dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kawinilah) seorang saja]
Clear cut dalam ayat itu ialah isu eksploitasi gadis2 anak yatim Madinah oleh wali-wali mereka.
Kemudian dia mengeluarkan suatub statistik yg direkanya sendiri.
Jumlah umat Islam sekarang 1.2 bilion. 90% umat Islam  tak mampu berpoligami atau 90% dari 17 juta umat islam di Malaysia tidak mampu berpoligami. 10% dari 1.bilion umat islam atau 10% dari penduduk melayu di Malaysia mampu berpoligami.
Dari mana statistik tsb diperolehi atau andaian?
--------------------------------

Kemudian aku hambaNya mengeluarkan Qias dgn kes berikut:
Uslub ini sama uslubnya ayat Quran yang lain, "Kejarlah dgn apa yang Allah berikan kepadamu, negeri akhirat. Dan jgnlah kamu lupakanlah bahagianmu di dunia." Dalam ayat ni jelas, kita kena kejar akhirat bermati2an, tapi last sekali ada tambahan; 'jgn terlupa.' Sama lah dgn uslub ayat kat atas tu. "Kalau takut tak mampu, maka seorang."
Macam mana dia nak qiaskan ayat 4:3 dengan 28:77 [Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (keni'matan) duniawi]
4:3 (kejarlah isteri yg banyak, tapi kalau tak mampu, kawin satu);
28:77 (cari akhirat, jangan lupa dunia)
macam mana aku hambaNya membuat co-relation antara dua ayat ni, sedangkan 4:3 ialah ayat menempelak wali2 yg memanipulasi anak yatim yg gadis?

2 comments:

All About life said...

Salam, nampak sangat saudari akuhamba melakukan pentafsiran ayat secara hentam keromo ye....

THTL said...

dia dah kena dgn syatibi_uda. syatibi_uda address dia sebagai ustazah..
biar depa berdua berlawan, kita tengok je. Nampak cam syatibi kata kahwin monoG ni asal perkahwinan