Saturday, July 9, 2011
Travelog USA 10: Usrah Pelajar di USA
Penampilan santai di USA, blue jean dan light jacket, di belakang ialah keretaku, Chevy Impala muscle car..I Luv that car.
Kumpulan Usrah Uztaz Dahlan di USA berpecah kpd empat kumpulan:
Kumpulan Kentucky yg diketuai oleh bro YI (sekarang penyarah UIAM), Kumpulan Terre Haute, Indiana diketuai oleh bro SA dan Ames City, Iowa faction yg di kepalai oleh bro ZM yg berasal dari Perlis dan satu lagi kumpulan ialah di bawah mas-ul HO yg berpusat di Nebraska . Tanzim Brotherhood USA dikepalai oleh Dr Tareq Shweidan yg berada di Oklahoma (Dr Tareq, lahir 1953, warga Kuwait). Dalam siri akan datang, aku akan ceritakan pertemuanku dgn Dr Tareq di Chicago).
Manakala brothers MISG, solid di bawah kepimpinan bro Dr Azman Husin dan kemudian diganti oleh Dr Wan Hasni (mantan CEO Abrar Corp) yg menuntut di Iowa City, Iowa.
Tugas atau mandat utama yg aku perlu lakukan ialah menyatukan empat kumpulan Usrah dan seterusnya bergabung dgn kepimpinan Dr Tareq dan ini bukan suatu tugas yg mudah memandangkan jarak di antara mereka amat jauh (memandangkan USA adalah sebuah benua yg besar). Aku difahamkan, tanzim (struktur organisasi) Usrah Malaysia sebenarnya diterajui oleh bro YI di Kentucky, tapi, kepimpinan beliau di tolak oleh tiga yg lain tsb..Dengan kedatanganku ke USA, Usrah Malaysia dengan resminya telah melantik aku sebagai CEO/Mas-ul Am utk kumpulan Usrah Ustaz Dahlan (UD) di USA.
Dalam penyelidikanku, aku dapati perselisihan mereka berempat adalah masalah peribadi, masalah jarang bertemu serta mereka mendapat tarbiyah (pendidikan harakiah) di Malaysia dari Naqeeb (ketua) yg tidak sama...
Langkah pertama yang aku lakukan ialah mendapat bai`ah dari bro SA dari Terre Haute.
Ini tidak sukar, kerana tak lama, bro SA datang mengunjungiku di Kalamazoo, selepas itu bro HO dari Nebraska pula datang menyatakan persetujuan utk berada di bawah kepimpinan ku. Yang tinggal ialah kumpulan kentucky dan Iowa.
next: macam mana nak menawan Iowa dan kentucky?
Labels:
Travelog
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
Salam Tuan,
Saya telah mengikuti tulisan tuan agak lama juga . gaya penulisan yang menarik serta kupasan2 yang berilmiah.
Semoga Allah memberikan kekuatan & kesihatan agar tuan terus menulis. Amin
Saya suka membaca/mengkaji berkenaan fikrah2/jemaah2 yang ada di malaysia. Antaranyer nama yg biasa di sebut spt IRC, Hizbi, MisG, MSM, JIM etc.
Nama2 tersebut saya kenali ketika menuntut di UK pada pertengahan 90an dulu. Ada jugak saya ikuti usrah2 (ajakan senior2) serta summer gahthering. Walaupun begitu saya kurang mengetahui berkenaan IM Malaysia seperti yg tuan tulis. Mungkin tak banyak penulisan berkenaan IM Malaysia secara khusus.
Soalan saya, dimanakah antara fikrah2 tersebut yang ada kaitan secara langsung dgn Im Malaysia ?
Sekian wasalam.
rgds
alzulkef, TQ
senang cerita, ini sifirnya:
UK=IRC, JIM, MSM, Hizbi-Net
USA=MISG, JIM, Islah-net
semua ni ada influence brotherhood UK dan USA
di Malaysia=Isma, Haluan, Ikram
ketiga-tiga NGO ni semua ada kaitan secara langsung dgn Brotherhood.
salam tuan..saya berada di Lincoln-Nebraska pada tahun 1984-1988. setahu saya tiada brother seperti yg tuan nyatakan. Mungkin selepas itu atau sebelum itu, muncul brother yang dikatakan , tolong beri pencerahan.
salam..thtl
selepas membaca travelog uan tu, saya dah tahu siapa yang dimaksudkan di Nebraska tu...Maklumlah cerita lama..tak berapa nak ingat..
UF,
anti follow grup mana? Kumpulan Ust Dahlan rh ke? kenal ke sapa Boss/Naqeeb di Lincoln? sekarang dia dekan kat UTM Skudai
Post a Comment