Sunday, July 10, 2011
Travelog USA 11: Tamrin Thanawi USA
Foto thtl di depan Meijer Hypermarket, Kazoo. Ia macam Tesco laa..
Kegigihan Usrah Malaysia dalam mencari Ilmu
Tamrin adalah daurah atau workshop intensif utk para budak2 usrah dan di USA, kami adakan satu tamrin tahunan ala-ala Liqo' Thanawi atau muktamar tahunan, utk melakukan post-mortem dan membuat pengisian untuk mengukuhkan manhaj dan fikrah gerakan Islam
Tamrin pertama yang aku hadiri selaku ketua Umum kumpulan Usrah UD yg baru ialah bertempat di Terre Haute (TH), Indiana. Indiana berada di midland atau jantung USA, yakni di tengah-tengah benua Amerika. Terre Haute pula adalah sebuah bandar bekas lombong besi dan arang batu yg gah suatu masa dulu. Apabila bijih sudah habis, maka bandar Terre Haute menjadi bandar hantu (ghost town). Maka untuk menghidupkan bandar TH, kerajaan USA menjadikan ia university town, yakni Indiana state university at Terre Haute dianggap sbg katalis atau pemangkin utk menghidupkan bandarnya.
Jarak antara Terre haute dengan Kalamazoo (tempat mastautinku) ialah 440KM yakni jarak antara KL dan KB. Di USA, memandangkan ia sebuah benua, maka para Ikhwani akan melakukan perjalanan kereta yg jauh. Inilah kelebihan brothers di USA berbanding dgn tempat lain ialah kesungguhan mereka memandu utk mencari ilmu. Perjalanan ku ke TH adalah secara konvoy, aku menumpang kereta dari Ann Arbor, Utara Michigan dan kereta East lansing, juga di Michigan.
Tamrin kali ini akan dihadiri oleh brothers dan sisters dari seluruh USA, bayangkan ada sahabat yg datang dari California, perjalanan sejauh 2000 KM. ada sahabat dari Montana, perjalanan 1000 KM. ada dari Texas, juga hampir 1000 KM solid driving. Begitulah aku difahamkan keadaan tamrin di US dan kegigihan brothers memandu mmg merupakan satu lagenda.
Tamrin Terre Haute kali ni adalah penting untuk aku mengukuhkan tanzim USA di bawah satu kepimpinan dan kehadiran kali ini ialah dari California di bawah amir bro S, bro M dari Montana, bro Jaws dari North Carolina, bro AY dari New Haven Connecticut, dari Kansas City, dari Ames, Iowa, semuanya berhimpun di markaz IM di Terre Haute, di bawah mas'uliah bro SA dan setiausahanya, IA.
Alhamdulillah, tamrin kali ni turut mengadakan penyampaian kuliah secara langsung dari kepimpinan usrah dari Malaysia menggunakan talian telefon. Telefon yg digunakan ialah jenis speakerfon, maka kami dapat mendengar kuliah dari Malaysia secara langsung dgn jelas..aku juga menyampaikan key note address dan juga ssebuah kertas kerja teras utk mengukuhkan fikrah dan manhaj al-banna. Tamrin kali ini berjaya menyatukan kumpulan usrah UD di USA, cawangan Melayu kecuali mas'ul Ames dan kentucky yg masih enggan memberi bai`ah.
Labels:
Travelog
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment