Thursday, January 10, 2013

Kemelut Kalimah Allah dalam Bible Edisi Bahasa Melayu: Tidak syumul

Kerajaan Arab Saudi dengan tegas melarang pembinaan Gereja di KSA dan melarang sambutan apa jua perayaan yang berunsurkan Kristianiti (Krismas, Easter, Good Friday, Valentine, Haloween, New Year Masihi)..Cuma negara2 Teluk spt Dubai, UAE, Kuwait yang membenarkan syiar perayaan Krismas di pamirkan di Mall-mall.  Maka langkah KSA  memang hebat dan menampakkan kekuatan Islam. Namun Malaysia tidak menyeluruh, kita sokong melarang Bible edisi BM menggunakan Allah, tapi Malaysia memberi ruang yg amat liberal kepada sambutan Krismas, bahkan mall-mall di Malaysia mempamirkan kemeriahan Krismas dan New Year mengalahkan kemeriahan hari Raya aidil fitri itu sendiri. Juga sambutan hari valentine dan Hari sambutan tahun baru Masihi  dgn konsert perdana di Dataran Merdeka dan KLCC. Jika kata Allah tak boleh guna, macam mana dgn sambutan kelahiran son of God pada 25 Disember? Bukankah itu juga sesat sebab Jesus itu adalah Isa anak Maryam? Sepatutnya sultan-sultan  juga melarang sambutan Krismas kerana ia suatu pendustaan terhadap Nabi Isa.
Sahabat yang paling tegas terhadap Kristianiti ialah Abdullah ibn Umar ra , anak Khalifah Umar al-Khattab ra, beliau berfatwa umat Kristian sekarang adalah murtad dari Kristian yg asal (Hawariyyun) dan menjadi orang musyrikin (penyembah berhala). Maka mereka tidak lagi dipanggil ahlil kitab, tidak lagi dibenarkan berkahwin dgn perempuan mereka dan memakan sembelihan mereka. Maka kemungkinan Malaysia menggunanapakai fatwa Ibn Umar dan menetapkan Bible sekarang tidak boleh menterjemahkan kalimah God di dalamnya kerana ia suatu kesesatan dan kesesatan mesti ditegakkan dengan kuasa atau pedang. 
Rumusan:
Tindakan pemerintah Malaysia menggunakan kuasa melarang pihak Gereja bertuhankan Allah adalah satu tindakan yang wajar jika mereka menetapkan penganut Kristian adalah musyrik. Tindakan ini menutup ruang perkahwinan antara agama dan menutup kpd pengharaman perayaan Krismas dan unsur2 Kristian dalam negara Malaysia. WA

Kemelut Kalimah Allah di Malaysia: antara fiqh dan kuasa

Jika pihak berwajib, majlis Agama yang dibawah kuasa Sultan-sultan Melayu melarang penggunaan kalimah "Allah" dalam Bible edisi terjemahan King James version, ia adalah juga boleh kerana menggunakan kuasa dan pedang dalam meluruskan fahaman umat Kristian. Sama juga dgn isu melarang lelaki Islam Melayu berkahwin dengan perempuan Kristian sedangkan di negara-negara Arab, perkahwinan lelaki arab Islam dan perempuan Kristian di bolehkan tanpa perlu menukar agama.
Ini bermakna pihak berkuasa agama Islam Malaysia melarang umat kalimah God atau Father dalam Bible St James Version di terjemah kepada 'Allah" kerana mahukan orang Kristian menerima Allah sebagaimana Allah dalam al-Qur'an. Sebagai alternatifnya, "God" hendaklah diterjemahkan sebagai "Tuhan" dan "Father" sebagai "Bapa" (kepada Jesus Christ, son of God). Ini bermakna, Jesus Christ  juga tidak boleh diterjemah sebagai Isa anak Allah, melainkan Jesus hendaklah diterjemah sebagai Isa putra Maryam sebagaimana dalam al-Qur'an. Ini hak pemerintah dan sultan. Namun dari sudut pandang Fiqh lintas Agama, kita memahami umat Kristian sebagai penganut agama semitik (agama yang diturunkan melalui rangkaian para Nabi), mereka mempunya akidah triniti yang sesat, di mana mereka berakidah Allah itu sebagai Bapak kepada Isa. God dan Father dalam Bible itu adalah Allah yang mereka fahami secara sesat. Jika penguasa Malaysia ingin membetulkan mereka dengan pedang, itu memang suatu yang boleh jika mereka merasakan itulah yang terbaik. WA


Wednesday, January 9, 2013

Kemelut Kalimah Allah di Malaysia 02/Akhir

Apakah Umat Kristian di Malaysia boleh menterjemah kalimah God kepada Allah dalam Bible mereka untuk diedarkan kepada penganut Kristian di Malaysia? Apa kata tokoh2 utama di Malaysia:
Mursyidul Aam PAS dan MB Kelantan DN
YAB TG Datuk Nik Aziz, Mursyidul Am PAS (Sinar)
 Secara peribadi TG MB  membenarkan Bible menggunakan kalimah Allah.

Presiden PAS, TG Haji Abdul Hadi Awang
Presiden PAS, DS TG Haji Hadi (Sinar)
TG Haji Abdul Hadi berkata kalimah Allah harus digunakan oleh penganut Kristian (dalam Bible) dgn syarat tidak disalahgunakan.

Sidang Akhbar Pakatan Rakyat (PKR, PAS dan DAP)
Mohd Sabu, DS TG Haji Hadi, DS Anwar dan LK Siang (Malaysia Kini)
Mesyuarat Pakatan Rakyat yang dipengerusikan oleh TG DS Haji Hadi juga mengeluarkan kenyataan bersama kalimah Allah boleh digunakan dalam Bible terjemahan.
Rumusannya: 
Al-Qur'an tidak pernah melarang kaum Kristian dari menggunakan kalimah Allah dalam Bible mereka sebagaimana orang arab jahiliah yang juga menggunakan kalimah Allah dalam kehidupan seharian mereka sedangkan mereka adalah penyembah berhala.
Hujah-hujah keharusan penggunaan kalimah Allah oleh Kitabiah ialah:
  • agama Kristian dan Judaism adalah agama samawi atau semitic religion
    AQS 3:52 [Maka tatkala Isa mengetahui keingkaran mereka (Bani Israil) lalu dia berkata: Siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku untuk (menegakkan agama) Allah. Para Hawariyyun (sahabat-sahabat setia) menjawab: Kamilah penolong-penolong (agama) Allah. Kami beriman kepada Allah dan saksikanlah bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang muslim]
  • AQS 10:84 [Musa pula berkata (kepada kaumnya): "Wahai kaumku! Jika kamu beriman dengan Allah, maka hendaklah kamu bertawakal kepada-Nya, jika kamu benar-benar orang Islam]
    Asalnya agama Nasrani dan Yahudi itu adalah agama semitic (revealed religion atau juga agama Ibrahimiah), maka kalimah Allah sudah digunakan sejak dulu kala lagi.
  •  Allah menjelaskan dalam surah al-Fatihah, mereka adalah golongan yg dimurkai dan sesatAQS al-Fatihah, 01:07 [yaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri ni'mat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat] Kita sudah maklum, yg dimaksudkan dgn kaum yang sesat ialah Kristian dan mereka telah sesat dalam akidah dgn mencipta Allah yang dianggap memiliki anak, Jesus Christ. Maka Allah yangn dimaksudkan oleh umat Kristian adalah dalam akidah yg tidak sahih.
  •  Allah sudah menjelaskan antara doktrin utama agama Kristian ialah mencela Allah dan menyifatkan dengan sifat manusia yakni mempunyai anak.
    dalil:
    AQS 19:88-95 [Dan mereka berkata: "Tuhan Yang Maha Pemurah mengambil (mempunyai) anak". Sesungguhnya kamu telah mendatangkan sesuatu perkara yang sangat mungkar. Hampir-hampir langit pecah karena ucapan itu, bumi terbelah, dan gunung-gunung runtuh. Karena mereka mendakwa Allah Yang Maha Pemurah mempunyai anak. Dan tidak layak bagi Tuhan Yang Maha Pemurah mengambil (mempunyai) anak. Tidak ada seorang pun di langit dan di bumi, kecuali akan datang kepada Tuhan Yang Maha Pemurah selaku seorang hamba.]
    Ayat ni bukanlah dalil kita mengeluarkan larangan mereka mnggunakan kalimah Allah. Sebab Allah telah membongkar kesesatan mereka, dan Allah tidak pernah memerintahkan umat Islam untuk merubah kandungan Bible dan menukar istilah di dalamnya. Itu hak mereka dan Allah sudah menjelaskan kesesatan mereka.
  • Deklarasi surah al-ikhlas (1-4)
    Katakanlah: "Dia-lah Allah, Yang Maha Esa.
    Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu.
    Dia tiada beranak dan tidak pula diperanakkan,
    dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia".
      Deklarasi ini menjamin dgn kata lain " Allah" dalam AQ adalah tidak sama dengan "Allah" dalam Bible dan Taurat. Satu nama tapi membawa maksud yg lain dalam Bible dan Taurat. Nama Allah juga ada dalam kitab suci Hindu, juga membawa maksud yg berlainan pula.
  •  Prinsip La Ikrahafiddin (tiada paksaan dalam beragama,
    لاَ إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ )

    لاَ إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ
    (Ia bermaksud, umat islam tidak boleh memaksa orang Kristian menerima konsep Allah dalam doktrin akidah kita), Allah sendiri sudah menceritakan bagaimana umat Kristian menghina dan mencela Allah, maka bagaimana kita hendak paksa 2 bilion penganut kristian utk menerima konsep Allah menurut al-Qur'an?
    Maka Nabi Muhammad saw sendiri tidak pernah melarang penggunaan Allah dalam Bible, sebab itulah istilah yang asal, cuma Nabi Muhammad berdialog dgn Kristian supaya membetulkan konsep Allah dan membersihkan sifat kelemahan pada Allah dalam Bible. Kesediaan Kristian utk kembali kpd root Allah itu sudah cukup baik, bakinya ialah bagaimana kita nak yakinkan Allah dalam Bible itu adalah Allah yang mereka hinakan. Dialog interfaith dapat diteruskan selepas ini.
  • Umat Islam boleh menikahi wanita Kristian dan makan sembelihan mereka. Sebabnya kerana mereka adalah dari rumpun yg sama, agama langit,   Dalilnya: Surah al-Maidah ayat 5, Firman Allah: "...Dan dihalalkan(berkahwin) dengan perempuan-perempuan yang beriman dan menjaga kehormatannya dikalangan mereka yang beriman dan dikalangan mereka yang diberikan kitab dahulu daripada kamu..." Jadi penganut Kristian ini adalah asalnya agama Semitik. Ini menunjukkan kehalalan wanita mereka dan makanan mereka ada disebabkan Allah juga merupakan ada dalam doktrin akidah mereka.
 Epilog:Allah milik eksklusif umat islam adalah tidak benar, kerana Allah meliputi semua umat dan makhluk termasuk Kristian. Allah dalam versi Kristian adalah Allah yang bersifat dengan kelemahan dan Allah sendiri memberitahu bahawa dirinya dihina oleh umat Kristian. Jika Allah menerima diriNya dihina, kenapa kita harus menghalang dengan undang2, sedangkan Allah tetap memberi peluang kepada mereka termasuk menurunkan Jesus sekali lagi untuk membetulkan konsep Allah yang sesat dalam Bible?
Jika dilarang mereka menterjemah God kepada 'Allah", maka apakah pula kalimah yang sesuai untuk Jesus Christ? Bukankah Isa ibn Maryam?
TAMAT

Tuesday, January 8, 2013

Kemelut Kalimah Allah di Malaysia 01

Kemelut Kalimah Allah dalam Bible edisi Indonesia yang akan diguna pakai di Borneo terus menjadi isu di Malaysia. Kita lihat pendirian pelbagai tokoh:
Pendirian Dr Mujahid Rawa (AJK PAS Pusat)


YB Dr Mujahid Rawa
Dr Mujahid (sahabat thtl semasa di Univ Telekom) berpendapat harus di sisi Fiqh di mana Bible boleh menterjemahkan God kepada Allah.

Pendirian PAS Selangor:
Dr Rani Osman
Dr Rani Osman menolak keharusan terjemahan God dalam edisi Bible bahasa Melayu kepada 'Allah" kerana sensitiviti orang Melayu.

Pendirian IKIM

 IKIM melalui Ketua Pengarahnya, Datuk Nik Mustafa menolak terjemahan Bible God kepada Allah kerana ia menyalahi lunas bahasa Melayu, akidah, sejarah dan undang2 Malaysia:
"Pendirian Ikim kekal bahawa penggunaan ALLAH sebagai terjemahan kepada God tidak dapat diterima kerana ia bukan sahaja menyalahi lunas-lunas bahasa bahkan tidak dapat dipertahankan dari segi akidah, sejarah mahupun undang-undang.
Sudut Perundangan, beliau menyebut butirannya:
keputusan Kabinet pada 16 Mei 1986 juga telah memutuskan empat istilah Islam yang tidak boleh digunakan dalam Bible dalam apa jua keadaan iaitu ALLAH, Kaabah, Baitullah dan Solat.
Di Timur Tengah, komuniti Arab Kristian (sekitar 17 juta) di Mesir (Koptic), di Syria, Lebanon (Maronites), di Palestine dan Iraq sejak asal lagi menggunakan kalimah Allah dalam Bible (yg dikenali dgn Kitab al-Muqadis, sepenuhnya dalam  bahasa Arab). Manakala komuniti Yahudi dari keturunan Mizrahi (yahudi yang mendiami bumi Arab) juga menggunakan Allah dalam Taurat mereka. Ini tidak menjadi masalah kepada masyarakat Islam di Timur Tengah kerana sejak asal lagi Bible dan Taurat di sana menggunakan kalimah Allah dalam Bible dan Taurat kerana Arab Kristian dan Yahudi Mizrahi bercakap dalam bahasa Arab.
Contoh kalimah Allah dalam Bible di Tanah Arab:
Petikan terjemahan Injil di Timur Tengah Genesis:1-1

Dr Ahmad Deedat dalam bukunya "What is HIs Name" menyatakan Allah ada dalam Bible dan Taurat yang asal.  Maka bolehkan Bible edisi Melayu menggunakan kalimah Allah menggantikan God atau Father?TBC