Thursday, May 23, 2013

Travelog #70: Pelaksanaan Hukum Hudud Hirabah di Jizan

Masjid Jami' Malik Faisal, Jizan
Inilah mesjid Jami' al-Malik Faisal, Bandaraya Jizan yg hanya 500 meter sahaja dari apartment tempat saya menginap dan pada pagi Isnin, 20 April berlaku pelaksanaan hukum hudud Hirabah di belakang mesjid ini. Lima Arab keturunan Yemen di hukum pancung dan mayatnya digantung dari jam 8:00 pagi hingga jam 11:00 pagi.

[ Foto mayat yg digantung telah didelete kerana peraturan ketat Arab Saudi mengenai foto]

Pada pagi Isnin 20 April, saya tertunggu drebar yang selalu menjemput saya ke universiti, tapi tidak muncul-muncul, saya menaliponnya dan dia kata terdapat traffic jam yg teruk di lampu isyarat sebelum sampa sampai ke apartmen saya. Bila dia tiba, dia menjelaskan kesesakan teruk itu kerana ramai orang sedang menyaksikan pelaksanaan hukum hudud di belakang mesjid Jami' Malik Faisal. Maka kami segera melalui kawasa tersebut untuk turut melihatnya, dan kami dapati pesalah2 sudahpun  dipancung dan sudah digantung menggunakan dua buah kren. Mayat-mayat tanpa kepala (kepala diletak dalam guni dan digantung bersama mayat) kelihatan bergantungan. Saya hanya dapat melihat dari jauh kerana kesesakan lalu lintas. Tapi inilah hukum yg dilaksanaka di Saudi. saya difahamkan lima penjenayah itu adalah kumpulan perompak yg ganas di Saudi, merka mlakukan rompakan bersenjata dan membunuh mangsanya. Kelima-limanya adalah rakyat mastautin Saudi berketurunan Yaman (masih belum dapat kerakyatan Saudi sepenuhnya). Ramai penduduk Jazan adalah berketurunan Yaman kerana Yaman hanyalah 200 KM sahaja dari Jizan. Ini kali pertama saya melihat plaksanaan hukum Hirabah (perompak bersenjata) di mana menurut hukum hudud Saudi, jika mereka merompak, membunuh dan merogol mangsa, maka ia akan dihukum pancung dan mayatnya akan digantung beberapa jam. Plaksanaan hukum ini menimbulkan kemarahan pejuang2 hak asasi manusia di seluruh dunua, namun Saudi tidak mempedulikan itu semua kerana ini adalah hukum dalam syariat.

5 comments:

ardP said...

terlaksananya hukum Allah

Addien said...

Subhanallah pertama kali ana lihat mayat digantungkan selepas hudud. Ramai orang tak ketika tu ustaz? Kalau di Malaysia macam ni, mesti kadar jenayah turun mendadak..

p/s- Kat Saudi betul ke jenayah paling rendah didunia??

THTL said...

Ramai la Dien, abis jalan jem..
yea, saudi kadar jenayah terendah di dunia. cuma proses keadilan masih banyak yg perlu diperbetulkan oleh kerajaan saudi, antaranya proses kepolisian, penghakiman dan pembelaan serta rayuan. namun mereka di landasan yg betul kerana meletakkan AQ & AS sbg sumber hukum

Addien said...

tak berapa jelas dengan kepolisian dan penghakiman tu.. mereka takda timbang rasa ke mcm mana??

Alhamdulillah, mungkin penambahbaikan sahaja yg kurang...asasnya AQ AS dah mantap. Alhamdulillah

THTL said...

Ya tak ada timbang rasa dan amat bias kpd saudis berbanding non-saudi