Saturday, May 25, 2013

Tun M akan mencuba menyatukan Sunni-Syiah??

Tun M ingin mencuba menyatukan sunni-syiah
Sinopsis:
Antara tokoh Mesir yang amat berminat menyatukan sunnah dan syi'ah ialah Syaikh Hasan al-Banna (w. 1948), kemudian Syaikh Muhammad al-Ghazali (w.1996) Laisa minal Islam: 70-71), kemudian Dr Yusof al-Qardhawi dan di Indonesia, Dr M Qurashi Shihab, Mentri Agama Indonesia (Sunnah-Syi'ah berganding tangan, Lentera, ms 258). Syaikh Muhammad Rashid Ridha (w.1935) menjelaskan," Tidak adalah orang yg paling semangat utk menyatukan sunni dan syi'ah melainkan diriku sendiri, aku telah berusaha semaksima mungkin selama 30 tahun, akhirnya aku dapati syi'ah mmg tidak mahu kesatuan ini dgn sengaja kerana jika sunni dan syi'ah bersatu, ulama2 syi'ah akan kehilangan harta dan kedudukan mereka.. setelah banyak siri dialog di seluruh negara2 arab dan India, aku menyimpulkan kaum syi'ah amat memusuhi ahli sunnah wal jama'ah, mereka begitu gencar menyibarkan kitab2 utk mencela sunnah, khulafa' ar-rashidin, mencela pembela sunnah dan para imam ahli sunnah dan orang arab keseluruhannya."[Majalah al-Manar, 31:290]
Manakala Imam-Imam besar mazhab spt Imam Malik, Imam Syafi`iy, Imam Ahmad semuanya menutup sebarang usaha menyatukan sunni dgn syiah kerana ia umpama menyatukan dua doktrin akidah dan syariat yg bertentangan. Dan akhirnya ulama-ulama kontemporeri Arab mengambil keputusan yg sama tiada jalan untuk menyatukan dua doktrin yg bercanggah dari segi usyul spt sunni dan syiah. Ini adalah pandangan sebahagian besar kedua-dua belah pihak (sunni atau syiah) seperti Syeikh Muhammad Zahid Al-Kauthari, Syeikh Muhammad Bahjah Al-Baitar (ulama Sham), Syeikh Muhammad Al-Kholisi di Iraq, Syeikh Rashid Ridha dan yang terdahulu daripada mereka iaitu Syiekh Al-Islam, Ibnu Taimiyyah dan lain-lain.
Doktrin 12 Imam inilah faktur penutup jalan ke aras usaha penyatuan
Rumusan: Syiah Imamiah yg difatwakan sesat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan sejak Mei 1996 adalah agama baru yg dicetuskan oleh orang Farsi yg hancur dimusnahkan oleh tentera Islam ketika era khulafa ar-rashidin. Tujuan kedatangan mantan Presiden Khatami ke PutraJaya dengan menggunakan nama Tun M ialah untuk mengabui rakyat Malaysia akan bahaya syiah dan mungkin Khatami mahu fatwa 1996 itu ditarik balik dan membenarkan kaum syiah Melayu bebas mengamalkan ajaran syiah di Malaysia atas nama penyatuan. Imam-imam besar dulu sudah menutup jalan penyatuan sunni-syiah krana ia sudah kufur, manakala ulama besar spt Syaikhul Islam Ibn Taymiyah rh juga menjauhi usaha penyatuan, kemudian ulama-ulama kontemporer arab juga sudah menyatakan kegagalan mereka. Maka apa yg Tun M dan OIC mampu lakukan?? Lebih baik Tun M fokus kpd penyatuan Melayu antara pelbagai aliran politik (UMNO-PASPKR) daripada menyatukan sunni-syiah yg akan membuka laluan kpd lebih rama lagi Melayu menyertai syiah.
Imbasan: Syiah adalah ajaran yang berpaksikan kepimpinan politik selepas kewafatan Nabi saw ialah dari darah Nabi melalui keluarga Ali-Fateemah. Keturunan keduanya membentuk doktrin 12 Imam, di mana Imam ke 12 masih ghaib dan akan muncul sebagai Messiah atau al-Mahdi akhir zaman. Syiah Imamiah ini bukan sahaja menolak kepimpinan Abu Bakar, Umar, dan Uthman, malah menuduh para sahabat semuanya kecuali ahlil bait sebagai membuat konspirasi politik. Dari doktrin politik, syiah akhirnya menjadi sebuah ajaran agama yg baru dan terpisah dari Islam mainstream. Ia hanyalah usaha Farsi untuk menutup keaibannya terhadap dunia Arab dan Islam yg menaklukinya, maka mereka berlindung di balik syiah Imamiah yg sesat lagi kufur.

5 comments:

Ad-Dien said...

Salam ya Syaikhana, sekarang jika diperhatikan mereka semakin cuba menyusup masuk ke dalam politik Malaysia dengan mempengaruhi pemimpin politik untuk mengukuhkan kedudukan dan fahaman mereka di Malaysia. Setuju tak dengan pandangan ana?

THTL said...

setuju, sbb tu Khatami datang jumpa Tun. syiah Iran nak guna TunM

pendekartua said...

Syukur calon yang cenderung Syiah tak menang di Pendang.

Ad-Dien said...

Ana tak kenal sangat tokoh2 syiah semisal Khatami ni.. bab syiah mmg bukan takhassus ana, sedang nak mendalaminya dengan Maulana Asri, insyaAllah

THTL said...

Khatami ni mantan Presiden Iran. Nak jadi Presiden Iran ni kena hardcore syiah laa dan kena endorse oleh Ayatullah depa