Saturday, April 26, 2014

Travelog KSA #82: Umrah bersama Isteri 03

Kaabah yang sentiasa menggamit kita
Kami memulakan Umrah pada sekitar jam 12:00 tgh malam. Kami masuk melalui Pintu utama, Gate no 1: King Abdul Aziz. Suasana di dataran Mataf (Tawaf) agak sesak, namun lancar. Perbedzaan ketara kali ini ialah di atas kepala kita sudah siap laluan tawaf dua tingkat khusus.  Oleh kerana diameternya agak besar, masih ramai yang memilih untuk tawaf di dataran asal Mataf. Juga kelihatan puluhan kren yang bekerja hampir 24 jam untuk menyiapkan pembesaran Mesjid. Selepas satu jam, sempurnalah tawaf, kami solat di belakang Maqam Ibrahim tapi tidak sedekat dulu kerana kesempitan ruang. Kami juga minum air zam-zam di laluan baru ke terowong Sa'iy. Kemudian kami bergerak utk rukun kedua yakni Sa'iy dan agak mencabar kerana ia juga padat dengan orang ramai dan memakan masa sejam 30 minit dan kami kerap berhenti utk minum air zam-zam. Sekitar jam 2:30 pg kami bergerak pulang ke hotel dan saya perlu mencari kedai gunting utk menyempurnakan umrah. Ada sebuah kedai gunting dekat dgn hotel saya, tapi telah tutup. Selepas menghantar isteri ke hotel, saya mundar mandir mencari kedai gunting di sekitar jalan2 berdekatan, akhirnya jumpalah sebuah kedai dan saya hanya bergunting pendek dan dikenakan caj SAR10. Alhamdulillah selesailah umrah kerana Allah...Kami tidor sekitar jam 3 pagi dgn kepuasan dan kesyukuran.
Solat diatas rooftop Mesjidil Haram dan kren2 yg berselerak

 Zam-zam clock Tower pada waktu malam

2 comments:

Addien said...

Kenapa tak botak je ustaz.. nabi doa khusus untuk orang botakkan time tahallul..hehe..

Alhamdulillah teringin sangat nak ke sana.. doakan ana ustaz :)

THTL said...

dah 3-4 kali umrah dah Dien, tak buat sunnah bercukur sekali sekala pun tak apa...

Dien, kena abiskan study dan apply Univ Madinah, ibn Zubair, Daniel boleh tolong nanti..ibn Zubair tu lambat lg kat sini...