Khamis 03 Apr
Sebelah pagi saya bergegas ke pejabat Imigresen KSA utk membuat Kad Iqamah (Kad Residen mastautin) isteri bersama Anwar Qatrawi dari Jordania (rakan sepejabat). Kerana tiada papan tanda, saya beratur di kaunter umum, bila sampai giliran saya pegawai imigresen berkata urusan Iqamah isteri kena pergi bangunan lain dlm kompleks tsb. Inilah asam garam di KSA...Bila sampai di bangunan tsb, kebetulan hanya ada 4-5 orang pelanggan sahaja dan urusan tsb hanya memakan masa 15 minit. Maka selesai dan isteri saya dengan resminya dah dapat kad Iqamah Saudi dan boleh berulang alik ke saudi arabia tanpa had dan tanpa perlu cop visa di kedutaan arab saudi di Kuala Lumpur.
Sebelah petang, jam 5:40 adalah flight kami ke Jeddah dgn syarikat Saudia utk umrah. Kali terakhir saya umrah ialah June 2013. Kami dihantar oleh drebar Asim Beig dan penerbangan lancar ke Jeddah hanya 1 jam 15 minit.kami niat umrah sebaik saja pesawat melintasi mesjid Yalamlam, kira2 10 minit lagi mendarat di airport dan kami bertalbiah secara perlahan. Tiba di King Abd Aziz airport Jeddah, masuk waktu maghrib dan kami solat maghrib dan isya' di musyalla airport Jeddah. Kemudian saya mencari teksi ke Mekkah dan agak mengejutkan harga teksi naik mendadak, kalau dulu cuma SR 130 satu teksi, sekarang rata2 SR200. Ini kerana hari khamis hujung minggu di sini, amat ramai penumpang ingin ke Mekah, maka saya tiada pilihan, maka dapatlah sebuat teksi sapu dgn harga SR180. Ia adalah corolla Altis model terbaru. Kalau nak murah, kita kena ambil teksi ke Jeddah grand taxi station dan dari stesen Teksi jeddah ke Mekah, dalam SR 15 seorang. Tapi kalau bawa isteri agak berisiko. Perjalanan lebuhraya Jedah ke Mekah lancar dan kami tiba sekitar jam jam 10:00 malam, namun kerana banyak jalan ditutup ke msjidil Haram, teksi tidak dapat masuk ke hotel dan kami terpaksa berjalan kaki mencari hotel. Mujurlah bagasi kami tidak berat. teksi berhenti di terowong Zam-zam tower dan hotel yg kami tempah katanya di belakang zam-zam tower. Kami menempah hotel melalui Booking.com, namanya Amjad House Hotel, 300 meter dari Haram. 300 meter di belakang Zam2 Tower, namun terdapat dua tiga hotel lain bernama Amjad juga. Kebetulan saya nampak ada mutawif umrah berbangsa Melayu kita yang ada di kawasan tsb dan dia menunjukkan arah Hotel Amjad House yang dimaksudkan, nun di atas bukit dan 500 meter dari Haram bukannya 300 meter. Ini yang kita kena jangkakan di saudi, iklan tak semestinya betul. Pendakiannya agak sukar dan akhirnya kami sampai ke lobi hotel Amjad, tercungap-cungap juga 200 meter naik cerun. harganya SR300 satu malam single room. Inilah dugaan pertama di tanah Haram. kita kena sentiasa positif dgn ujian2 di sini. Selepas check-in, saya mandi sekejap sebagai persiapan utk umrah, dan bergerak menuju Mesjid al-Haram utk umrah. Ramai sekali orang ramai bagaikan musim haji dan malam ni malam Jumaat.
Kami singgah sekejap di al-Safa Tower utk makan ringan kerana kami perlukan banyak tenaga utk tawaf dan sa'iy. Kami makan martabat Mekah dan selepas itu bergerak menuju pintu mesji melalui Gate no 1, Gate King Abd Aziz.
Pemandangan gate King Abd Aziz dari al-Safa Tower |
Restoren Malaysia milik DSaji Felda di al-Safa Tower |
1 comment:
Banyak dugaan ye di sana..tentu manis kenangannya. Bilalah ana nak ke sana pula.. doakan ana ustaz :)
Post a Comment