Sebenarnya kerajaan Arab Saudi (KSA) membiayai famili expatriate setahun sekali untuk datang ke KSA atas Visa Iqamah. Visa Iqamah maksudnya dapat menetap di saudi bertaraf residen tetap. Selepas 2 tahun saya tidak mengambil kesempatan tsb kerana saya tidak gemar berurusan dgn pihak pentadbiran universiti yang agak lembab dan birokratik. Namun akhirnya saya terpaksa juga kerana atas nasihat dari kawan2 sepejabat terutamanya sdr Anwar Qatrawi dari Jordan. Dia membantu saya dari A sampai Z cara untuk membawa famili termasuk mengisi borang, menterjermah sijil nikah, sijil kelahiran dan paspot Malaysia ahli keluarga saya. Borang tsb perlu dihantar ke Kementerian dalam negeri KSA di Jeddah dan makan masa satu bulan. Penterjemahan dokumen dari BM ke bahasa Arab dilakukan oleh Prof Mahmud Solah dari Mesir juga rakan setugas saya.
Alhamdulillah, akhirnya permohonan membawa famili saya di luluskan dan langkah seterusnya ialah memohon tiket penerbangan saudia dari jabatan kewangan Jazan University. ia juga lulus dalam masa satu minggu untuk isteri dan anak perempuan saya. Tiket yang dibooking ialah pada 29 Mac 2014 dari KLIA kebetulan dgn berakhirnya cuti pendek saya di Malaysia. Namun, hanya isteri saya sahaja yang free, manakala anak-anak yang lain tidak dapat kerana sesi pengajian IPTA yg sedang berjalan. Maka keputusannya, pemergian family yang lain ditangguhkan pada Dis 2014 atau jan 2015 akan datang.
Kegembiraan jelas terbayang di wajah isteri saya kerana impian beliau utk mengerjakan umrah sudah tercapai akhirnya. Kali terakhir kami bersama di tanah suci ialah Jan 2007 (yakni 7 tahun yang lalu). kami terbang dgn pesawat Saudia airlines Boeing 777-200 series terus ke jeddah, connecting flight ke Jizan city dan tiba di Jizan jam 12:00 malam tarikh yg sama. Di jazan, isteri saya terpaksa membuat proses biometrik dan kad Iqamah. ia delay 4 hari dari 30 Mac sampai 2 April kerana Boss saya bercuti di USA, namun akhirnya pada 3 April semua dokumen siap dan kami bersedia untuk mengerjakan umrah pada 4 April dgn pesawat Saudia.
Bersama isteri di perkampungan tradisi Jizan |
2 comments:
Maksudnya boleh jadi penduduk saudi tetap ke ustaz??
wah untunglah
Tak boleh Dien, Iqamah permit je, permit utk bermukim sebagai expatriate, kena renew setahun sekali. Nak dapat PR status kena kawin dgn rakyat diala..hehehe
Post a Comment