|
pelajar2 dari sekolah di bandaraya Jizan |
|
Pintu gerbang ke Pesta Buku IV |
Pesta Buku Jazan University (JU) kali ke 4 berlangsung dari 10 Feb-20 Feb, 2014 diresmikan oleh Amir atau Gabnur Wilayah Jazan, al-Amir Prince Muhammad ben Nashr ben Abd Aziz al-Saud di pekarangan JU dalam sebuah khemah gergasi. Ia disertai lebih dari 30 syarikat buku dari seluruh Arab Saudi dan Mesir. Keistimewaan pameran buku Saudi ialah kita berpeluang mendapatkan kitab2 yg dihasilkan oleh ulamak2 Hijaz yg susah didapati di luar Arab Saudi. Ini kerana buku2 Saudi jarang di eksport ke negara lain. Pameran Buku Antarabangsa Riyadh pada bulan Mei adalah yang terbesar di dunia Arab.
Suasana dalam khemah Pameran:
|
Booth Egypt |
|
Maktabah al-Obaikan, Riyadh |
Maktabah al-Obeikan adalah pencetak majoriti kitab2 karya Dr 'Aidh al-Qarni, penulis La Tahzan yg masyhur
|
Booth Syaikh al-Othaimeen rh |
Mu'assasah al-Syaikh Muhammad Soleh al-Othaimien w. 1999) juga ada booth tersendiri menjual kemua hasil karya syaikh Othaimiin yg berjumlah 122 buah. Syaikh Othaimiin adalah mufti daerah Unaizah di wilayah al-Qassem merupakan ulama' paling terkenal di Saudi dalam era moden.
Antara kitab2 yang saya sempat beli...
|
Karya Dr al-Arifi |
al-'Alam al-Akhir karya Dr Muhammad Abd Rahman al-'Arifi, ulama' tersohor di Fakulti Akidah dan Usyooludin di King Saud University Riyadh. Setebal 625 ms, kitab Alam Akhirat pertama dalam bentuk warna dan bergambar. Beliau juga menulis kitab Motivasi terlaris di saudi dan dunia arab, Istimta' Hayati atau Bergembiraah akan kehidupanmu.
|
Kitab syaikh Muqbil |
Fawa'id min Durus Abi Abd Rahman Muqbil bin Haadi al-Waad'iy (w.2001 Yaman) berkisar pada petikan2 berguna dari rangkuman pelajaran2 yang disampaikan oleh Syaikh Muqbil merangkumi semua isu agama dan realiti. Diterbitkan di Abu Dhabi, UAE. Beliau mrupakan ulama' tersohor di Yaman.
|
Kitab Prof Abdullah al-Bukhari |
Kitab Haqqun Nabi atau Hak2 Nabi yang kita mesti laksanakan sebagai bukti syahadah kita kpd Nabi saw, buah karya Prof Abdullah al-Bukhari di Fakulti Hadith Univ Islam Madinah terbitan Dar Adhwa' al-salaf.
Pesta berakhir pada Khamis 20 Februari dengan suksesnya.
No comments:
Post a Comment